Ingat senang ka nak ubah plan untuk tambah 200 katil lagi dari 150 katil yang dah diluluskan. Tambah-tambah pulak jumlah katil tu memang sebelum ni dipotong pasai tak cukup peruntukan.
Sinarharian melaporkan:
BAGAN SERAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan pusat meluluskan penambahan 200 katil pesakit untuk Hospital Daerah Kerian yang sedang dalam pembinaan.
Najib berkata, penambahan 200 katil itu diluluskannya serta-merta setelah terdapat dakwaan segelintir pihak mempertikaikan jumlah katil pesakit yang bakal disediakan kerajaan apabila hospital baru daerah itu siap dibina kelak. - Sinarharian.
Ini satu berita baik untuk rakyat di Daerah Kerian. Berita baik untuk rakyat pasai Najib calon BN untuk parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai masih tak boleh menang.
Cuma isunya sekarang ni rakyat di Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai nak percaya ka dengan janji Najib ni dan undi Mua'amar Ghadafi dan Nor Azmi dan bagi peluang untuk Najib mencapatikan janji 'upgrade' dia ni.
Pasainya sebelum ni dah terbukti Najib tak tepati janji. Pasai apa aku berani kata yang Najib dah terbukti tak tepati janji, baca posting yang aku pernah tulis berkaitan janji Hospital baru Parit Buntar tu.
- Projek Hospital baru dan tebatan banjir - PR bakal tumbang di kawasan Kerian?
- Janji hospital baru: Orang Parit Buntar bakal ditipu lagi?
- Betul ka kerajaan kekurangan dana?
- Janji Hospital baru: Boleh percaya ka cakap Timbalan Menteri ni?
- Hospital baru Parit Buntar - Belum apa-apa Umno BN dah mungkir janji...
- Hospital baru Parit Buntar - Belum apa-apa tapi Umno BN dah mungkir janji (Siri 2)
- Kalau ada banyak dana pasai apa janji 300 tapi potong tinggal 150?
- Janji dicapati: Pegawai Daerah Kerian penipu?
Walaupun janji tu Tajol Rosli Menteri Besar Perak masa tu yang buat tapi tentu dia tak berani berjanji kalau tanpa persetujuan kerajaan pusat dan Najib sebagai Perdana Menteri yang ganti PakLah berkuasa untuk memastikan janji masa PakLah tu ditepati.
Pada bulan Januari tahun lepas, Najib sendiri pulak perbaharui janji tu, berjanji akan tunaikan janji yang dibuat pada tahun 2008 tu. Najib 'upgrade' janji tu jadi janji nak bina Hospital Pakar dengan 300 katil.
Dalam sidang parlimen pada bulan Mac tahun 2012 Dr. Mujahid timbulkan pasai projek hospital ni dan Timbalan Menteri jawab projek tu dah pun disenaraikan dalam Third Rolling Plan Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Tapi berita pasai tu tak keluar dalam akhbar jadi ramai yang taktau sebenarnya yang diluluskan cuma pembinaan hospital biasa bukannya hospitan pakar macam yang Najib janji dan bilangan katil pun bukannya 300 tapi cuma 150 saja.
Bila rakyat daerah Kerian mula bising pasai janji hospital baru ni dan ura-ura pilihanraya pun dah dekat, tiba-tiba naik pagar dinding zink warna biru di tapak hospital baru tu, nak bagitau kononnya tak lama lagi pembinaan akan bermula.
Bila isu hospital ni semakin hangat, wartawan Sinarharian pi jumpa Pegawai Daerah Kerian tanya pasai isu tu. Pegawai Daerah yang nama dia masuk senarai bakal calon Umno dalam PRU13 tu bagitau Kerajaan Negeri mengemukakan rancangan penambahbaikan pelan pembangunan asal dengan kurangkan jumlah katil di hospital itu dari 300 katil dikurangkan kepada 150 katil. Penambahbaikan kepala hotak dia.
Dari segi jumlah katil pun dah sah-sah Najib tak tepati janji. Janji nak bina Hospital Pakar pun dah tak timbul, yang timbul cuma hospital baru, perkataan 'pakar' dah tenggelam entah ke mana.
Kali ni Najib janji lagi, nak tambah bilangan katil tu lagi 200 buah. Laporan Sinarharian tak sebut pulak nak tambah tu dari jumlah asal 300 atau dari jumlah selepas dipotong setengah jadi 150 macam dalam Third Rolling Plan RMK10 tu.
Kononnya Najib ubah janji tu pasai ramai yang merungut. Konon nak bagitau yang Najib peka dan ambik peduli rungutan rakyat padahal dia takut rungutan tu bertukar jadi tindakan tak undi masa PRU13 pada 5 Mei nanti.
Lagi satu, kalau betul Najib berpegang pada selogan dia "Rakyat Didahulukan..." tak payah tunggu rakyat merungut sepatutnya Najib tau yang bilangan 300 katil tu pun tak mencukupi untuk penduduk daerah Kerian dan keputusan potong jadi cuma 150 katil tu satu tindakan BANGANG dan sangat tak perihatin kepada rakyat.
Pasainya dengan penduduk lebih 200ribu orang Hospital baru tu perlu ada tak kurang 400 katil, baru boleh capai sasaran Kementerian Kesihatan 2 katil untuk 1,000 penduduk.
Apa pun, janji Najib yang dia upgrade tu sebenarnya tak relevan pasai majoriti pengundi Parit Buntar yakin Najib akan buat-buat lupa janji terbaru dia tu kalau dia ditakdirkan jadi Perdana Menteri lagi lepas PRU13 nanti.
Ingat senang ka nak ubah plan untuk tambah 200 katil lagi dari 150 katil yang dah diluluskan. Tambah-tambah pulak jumlah katil tu memang sebelum ni dipotong pasai tak cukup peruntukan.
Lagi pun takkan tiba-tiba Najib boleh tambah peruntukan lebih sekali ganda semata-mata nak tunaikan janji dia kepada penduduk Parit Buntar dan Bagan Serai yang majoritinya akan undi Dr. Mujahid dan Dr. Md Nor Manuti sebagai ahli parlimen dalan PRU13 nanti.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis