Sapa nak kenai yang mana satu Cenangau 'typo' Daunkari | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Jumaat, Disember 12, 2008

Sapa nak kenai yang mana satu Cenangau 'typo' Daunkari


Cenangau adalah seorang pengundi berdaftar di Parlimen P057 Parit Buntar, Dun N08 - Titi Serong, Daerah Mengundi DM12 - Titi Serong dengan keahlian PAS No.449656 Bermazhab Politik Daun Kari
Puaih rata aku cari online gambar cenangau tak pernah jumpak. Nak jadi cerita malam raya kedua hari tu, tengah dok syok² melayar di alam maya tiba² terbau satu bau yang aku sangat kenai. Liar mata dok cari tapi tak jumpa.

Bila aku dah tutup PC tiba-tiba hinggap sekor kat atas meja betui² depan monitor. Apa lagi kalut laa ambik handphone, lima enam keping jugak aku snap. Lepas tu binatang tu terbang ke lampu, rupa²nya bukan sekor tapi banyak ekor. Kurang² pun ada 5 ekor.

Yang herannya takdak pulak bau kuat. Biasanya kalau ada sekor pun dah cukup, memang kuat bau binatang ni. Mungkin jugak kut dia kenai 'member' dia ni, tu yang takdak keluar bau kuat sangat.

Bagi yang taktau menatang cenangau ni sejenis serangga. Orang kawasan bendang memang biasa laa dengan binatang ni. Masa ambik kad media dari YB Hj Zainuddin hari tu pun dia kata "cenangau ni orang bendang ni".

Cenangau ni memang resam dia, kalau rasa terancam dia akan 'kentut'. Tak pasti pulak aku keluar ikut mana tapi bau dia memang semacam. Kalau betui² kuat memang tak tahan aku.

Lebih kurang tu jugak laa blog aku ni. Task payah nanti orang kacau aku, kalau aku rasa macam orang kacau jangan marah kalau aku 'belasah'. Tak kira laa kacau kut mana pun,kalau  aku rasa tak puas hati, aku nak belasah aku belasah.

Cumanya buat masa ni aku 'nanti sat'. Kalau ikut hati memang berasap aku belasah. Cukup banyak benda aku tak puas hati. Kat PAS sini aku tak puas hati, kat PAS Perak lagi laa. Kat YB aku pun, dua² aku tak puas hati, kat kerajaan PR Perak lagi laa.

Mula² masa lepas PR ambik ali Perak dulu aku bagi masa 3 bulan. Bila aku nak mula belasah, MSK kata nanti sat. Bagi peluang lagi kat depa, depa baru lagi. Jadi aku tangguh sampai hujung tahun.

Tapi baru ni masa program dengan BloggersNetwork@Perak dengan Exco dan Penerangan Negeri baru ni, YB Hj Zainuddin macam mintak tangguh lagi. Jadi aku ambik keputusan nak bagi cukup setahun.

Kalau dah lepas tu kalau aku pun dah tak tahan, jangan marah kalau aku mula 'belasah'. Takkan dah setahun pun tak jumpak lagi jawapan. Takkan nak suruh orang macam aku tunggu sampai pilihanraya depan kut, masa tu baik tak payah.

Lagi satu saja nak peringat pihak² yang berkenaan. Jangan sekali² harap bloggers jenis macam aku ni nak jadi macam jentera penerangan. Kalau takat nak tolong terang sikit² tu takdak masalah tapi jangan harap kalau nak suruh aku puji memanjang.

4 ulasan:

  1. Setuju Sangat-sangat.. pada dok bagi puak UMNO dok belasah, baik kita belasah dulu, bukan apa... pasai sayang pada kemenangan tu... kami belasah bagi ingat lain kali jangan buat lagi... ada faham.......

    BalasPadam
  2. belasah tanda sayang
    belasah untuk memperingatkan

    teman akan turut belasah jugak

    BalasPadam
  3. salam tuan..bakaq pak ali macam nmana,agak2 tersenarai tak calun dun titi serong...

    BalasPadam
  4. Assalammualikum... saudara cenangau,

    mselim3 ziarah sini.. daripada harakahdaily.net... datang ingin bloglist exchange... jika ada kesudian k.. kalau sudi nanti bgtahu kat cbox mselim3 ,mselim3 blogger kecil aje...

    mselim3

    BalasPadam

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...