Realiti sebenar kod 71 untuk MyKad? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 09, 2012

Realiti sebenar kod 71 untuk MyKad?

mStar melaporkan:
KOTA KINABALU: Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof pada Rabu menafikan bahawa ramai pekerja asing dimasukkan ke dalam senarai daftar pemilih menggunakan kod pengenalan '71' yang merujuk kepada rakyat Malaysia lahir di luar negara.

Beliau berkata perkara itu tidak harus dipertikaikan kerana setakat ini hanya 171,023 pemilih berdaftar yang direkodkan mempunyai kad pengenalan di bawah kod itu.

Sebelum tahun 2001, kod '71' digunakan pada nombor kad pengenalan individu rakyat Malaysia yang lahir di luar negara dan warganegara asing yang mendapat status pemastautin tetap (PR).

Bagaimanapun selepas 2001, semua warganegara asing yang mendapat PR tidak lagi dirujuk dengan kod '71', sebaliknya menggunakan kod berdasarkan negara kelahiran masing-masing, contohnya Singapura (66) dan Indonesia (61). - mStar.  
Yang pertama sekali, boleh percaya ka apa yang Pengerusi SPR ni cakap. Kalau tanya aku, aku golongkan pengerusi SPR ni dalam golongan 'orang fasik' jadinya memang tak boleh percaya terus apa yang keluar dari mulut dia, nak kena semak dulu betul atau auta.

Yang keduanya, kalau betul macam yang dia kata tu, pasai apa 'penjelasan' macam ni tak keluar masa heboh pasao kod 71 dulu? Sampai nak kesian aku tengok orang kuat SPR ni sampai tergeliat lidah dan nampak BANGANG bila jawab pasai isu kod 71 dulu.

Kalau bagi jawapan macam ni masa kecoh isu 'Mismah gate' dulu tu, tak la nampak bangang sangat pengerusi SPR

Yang ketiganya, dari dulu lagi dan sampai hari ni aku masih lagi mushkil. Pasai apa pulak aku nampak macam pengerusi SPR ni dah jadi macam jurucakap kepada Jabatan Pendaftaran negara (JPN).

Patutnya isu yang melibatkan kerjabuat JPN ni biar orang JPN la yang jawab. Takkan takdak orang di JPN yang ada mulut dan autoriti untuk jawab.

Bila Pengerusi SPR yang jawab tapi JPN diam membisu seribu bahasa, memang tak heran kalau orang tak percaya kepada Pengerusi SPR. Tambah-tambah pulak memang selama ni puak-puak ni selalu sangat beraksi macam 'si anjing Umno'. Jadinya jawapan macam ni pun akan dianggap sebahagian dari aksi depa sebagai 'si anjing Umno'.

Apa pun, aku harap ada pihak yang 'counter check' penjelasan pengerusi SPR ni, samada betul atau satu lagi auta SPR.

Lagi satu yang patut memushkilkan kita, macamana boleh ada lebih 170,000 pemegang MyKad ddengan kod 71 ni? Takkan ramai sangat rakyat asing dapat status warganegara. Dan soalan yang paling penting, betul ka depa layak dapat taraf warganegara atau sekadar untuk bagi depa boleh mengundi.

Pasainya kalau siasatan yang Shuhaizan Kayat buat, macam kes Mismah pun sebenarnya tak layak dapat taraf warganegara Malaysia.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...