Janji Hospital baru: Boleh percaya ka cakap Timbalan Menteri ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 29, 2012

Janji Hospital baru: Boleh percaya ka cakap Timbalan Menteri ni?

Kat bawah ni aku salin tampal Soalan Lisan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa di Parlimen  dan jawapan dari Timbalan Menteri Kesihatan pada 27 Mac 2012.
4. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah status peruntukan menaik taraf Hospital Parit Buntar yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Januari 2012 yang lalu semasa Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan. Berapakah peruntukan dan bilakah projek naik taraf hospital ini akan dilaksanakan.

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 14 Januari 2012 mengenai cadangan projek Hospital Parit Buntar akan dilaksanakan dalam tempoh rolling plan ketiga Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM140.25 juta. Kementerian Kesihatan akan menyusuli dengan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri tentang permohonan peruntukan untuk melaksanakan projek ini di bawah rolling plan ketiga Rancangan Malaysia Kesepuluh, terima kasih.    
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan hospital di Parit Buntar. Sebenarnya pada 2008, Menteri Besar pada waktu itu telah pun mengisytiharkan di tanah yang telah diperuntukkan di Simpang Lima, telah ada majlis pecah tanah dan selesai pengambilan tanah untuk pembinaan hospital tersebut. Namun perkara itu terus senyap dan sebab itu pada hari ini saya bertanyakan semula kepada kementerian, apakah yang berlaku kepada projek asal yang kata hendak bina hospital yang baru sedangkan yang ini diisytiharkan untuk naik taraf. Jadi saya memohon penjelasan kepada kementerian tentang isu tanah yang telah pun diambil pada 2008 untuk pembinaan hospital baru. Terima kasih.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pembinaan Hospital Parit Buntar  ini merupakan projek baru yang didirikan di atas tanah yang telah dikenal pasti.   Insya-Allah seperti yang saya katakan tadi pembinaannya akan bermula pada tahun hadapan, kerana  third rolling plan seperti Yang Berhormat ketahui, bermula pada tahun 2013 sehingga 2014. Insya-Allah ia akan bermula pada tahun hadapan dengan kapasiti sebanyak 150 katil menggantikan hospital yang lama kerana seperti Yang Berhormat ketahui Hospital Parit Buntar yang pada ketika ini hanya mempunyai 120 katil yang dibina di tanah yang kecil iaitu lebih kurang 15 ekar dan hospital yang sedia ada pun memang terlalu lama kerana ia dibina pada tahun 1920 dan mula beroperasi pada tahun 1931. Jadi pihak kementerian mempunyai pendirian bahawa Hospital Parit Buntar perlu dibina baru. Tanah sudah dikenal pasti Yang Berhormat dan seperti yang saya katakan tadi ia pasti akan dapat memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk khususnya di kawasan Parit Buntar dan juga Bagan Serai. Terima kasih, Yang Berhormat.
[Sumber: Hansard Parlimen 270212]
Masalahnya, boleh percaya ka jawapan Timbalan Menteri tu walaupun dijawab dalam Parlimen. Kalau tanya aku, mampuih aku tak percaya selagi projekk pembinaan Hospital tu betul-betul bermula.

Timbalan Menteri Kesihatan tu kata dalam jawapan soalan tambahan Dr. Mujahid, Hospital baru tu akan mula dibina tahun depan.

Suka aku nak rujuk berita lama berkenaan janji Hospital ni macam yang aku salin tampal dalam artikel aku sebelum ni "Janji hospital baru: Orang Parit Buntar bakal ditipu lagi?"
Selepas tertangguh, pengumuman oleh Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali Ahad lepas bahawa pembinaan hospital baru melibatkan kos lebih RM100 juta akan dimulakan dalam tempoh enam bulan dari sekarang, memberi kelegaaan kepada jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN).

Menurut Tajol Rosli semua masalah pengambilan tanah untuk projek itu telah diselesaikan dan tidak ada sebab projek yang telah mendapat kelulusan peruntukan itu ditangguh lagi. - Bernama.
Berita Bernama tu bertarikh March 04, 2008, masa tu Tajol Rosli masih jadi Menteri Besar Perak.

Enam bulan kepala hotak depa, dah dekat 4 tahun bayang signboard pun tak nampak, tiba-tiba Timbalan Menteri boleh kata projek hospital ni projek baru pulak.

Macam yang aku tulis sebelum ni dalam posting "Hospital baru: Bukan orang Parit Buntar saja yang kena tipu" bukan kat Parit Buntar saja depa janji nak buat hospital baru yang masih belum ditunai, banyak tempat lain pun Umno BN janji macam tu jugak.

Kalau Umno BN masih jugak memerintah malaysia lepas PRU13 nanti, aku langsung tak yakin hospital baru tu akan dibuat tahun depan. Tapi kalau rakyat berjaya tumbangkan Umno BN dan PR ambil alih, tak mustahil impian warga Parit Buntar akan jadi kenyataan bermula tahun depan.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...