Kalau betul kerajaan memang ada banyak dana pasai apa pembinaan Hospital baru Parit Buntar yang janji pada 2008 dengan kapasiti 300 katil tapi bila nak mula buat tahun 3013 ni jumlah katil dikurangkan kepada cuma 150 sahaja.
Bharian melaporkan:
SARIKEI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Malaysia sedang menuju kemuflisan.
"Malah, kita ada banyak dana. Tahun lepas, contohnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri memungut RM125 bilion sebagai pendapatan negara. Ini tidak pernah dicapai sebelum ini. - Bharian.
Aku memang tak reti bab ekonomi ni, tapi aku rasa kita tak payah jadi pakar ekomoni untuk faham yang ekonomi kita merosot teruk kalau hutang kita bertambah dengan pesat sebanyak RM300 billion dalam masa 4 tahun sejak 2008 menjadi RM502.4billion or 53.7 hampir 54% KDNK
MalaysianInsider pada bulan lepas ada melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Jan — Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi.Aku kopipes ja, malas nak fikir bab ekonomi yang memang bukan bidang aku. Cumanya, aku nak kaitkan apa yang Muhyiddin kata tu dengan apa yang aku tau dan jadi kat tempat aku.
Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.
Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.
Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.
“Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019.
“Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi,” katanya melalui emel kepada The Malaysian Insider. - TMI.
Kalau betul kerajaan memang ada banyak dana pasai apa pembinaan Hospital baru Parit Buntar yang dah diluluskan pada tahun 2008 untuk dibina hospital pakar dengan kapasiti 300 katil tapi bila nak mula buat yang katanya hujung tahun 3013 ni jumlah katil dikurangkan kepada cuma 150 sahaja.
Takkan kut projek nak jalan tahun 2013 tapi masih guna peruntukan macam tahun 2008 kut sampai terpaksa kurangkan jumlah katil sampai setengah.
Nampak sangat kerajaan sebenarnya kekurangan dana. Takkan kut kerajaan Umno BN anggap sektor kesihatan tak penting macam kononnya
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis