Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 27, 2011

Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 25 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kiri) berkata, beliau tidak akan lagi membuat sebarang ulasan berhubung exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (kanan).

Katanya, beliau akan mengambil pendekatan 'kunci mulut', sesuai dengan janjinya sebelum ini bahawa jika Hasan tidak lagi menyerang PAS, maka dia juga akan berhenti mengulas tentang bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

"Seperti saya janji sebelum ini bila dia (Hasan Ali) berhenti serang PAS maka saya akan tutup mulut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Hasan pada sidang media di kediamannya semalam.

Pada sidang media tersebut, Hasan menyatakan permohonan maafnya kepada pimpinan dan ahli PAS kerana mengkritik konsep Negara Berkebajikan yang telahpun dipersetujui dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Hasan juga sebelum ini menyifatkan PAS tergelincir dari perjuangan Negara Islammya apabila memperkenalkan konseb Negara Berkebajikan.

Menyesali pandangannya itu sebagai 'keterlanjuran kata', Hasan juga semalam bertindak menarik balik kritikan tersebut.

"Bagi saya dia dah mintak maaf sungguh-sungguh tu. Pasal dia serang peribadi saya takpe lah saya dah maafkan dia," tegas Mustafa.

Pendekatan Mustafa itu diyakini mampu menutup episod yang dilihat 'pertembungan dalam parti' yang menjadi topik perbincangan hangat sejak dua minggu lalu. - Hrkh.
Masa tahun 1998 aku sempat terlibat dengan pemuda PAS Gombak, sempat la beberapa kali hadir usrah depa. Masa ada tu satu frasa yang cukup popular "Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pillihanraya".
 
Satu frasa yang cukup sesuai untuk PAS masa ni. Masa PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dan 'pertempuran dalam parti' nampak macam lebih daripada sekadar ribut dalam cawan.

Bukan saja ada 'pertempuran dalam parti' PAS tapi dalam DAP pun tak kurang sengit.

Malaysiakini melaporkan:
Pergeseran di kalangan pemimpin DAP Pulau Pinang masih belum reda dan hari ini Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer menyifatkan kritikan Timbalan Setiausaha Agung parti itu P
Ramasamy terhadap parti dan pemimpin hanya untuk kepentingan dirinya sendiri.

Rayer amat kesal dengan perbuatan Ramasamy itu yang menunjukkan bahawa beliau (Ramasamy) tidak langsung menghormati kepimpinan parti seperti Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung) dan Dr Chen Man Hin (Penasihat Seumur Hidup). - Mkini.
Fasa sekarang ni, 'fasa perang' dan semua orang tak patut lupa yang musuh utama kita adalah United Malay National Organisation dan BN. Segala senjata dan perluru kena dihalakan kepada musuh.

Sebab tu, segala pertempuran dalaman kena ditangguhkan dulu. Segala senjata dan peluru untuk pertempuran dalaman kena simpan dulu. Lepas habih PRU13 nanti boleh sambung balik.

Formula terbaik sekarang ni adalah 'status quo'. Tak kira rugi atau untung semua pihak kena terima hakikat formula tu adalah yang terbaik, kecuali la kalau ada yang berpegang kepada prinsip 'kalau aku tak dapak biar semua orang tak dapat'...

Aku harap frasa ni boleh dipopularkan.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...