Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) kesal dengan ura-ura tindakan kerajaan memberhentikan biasiswa kepada pelajar sarjana dan PhD di beberapa universiti terkemuka dan dalam negara atas alasan kekurangan dana.Masalahnya, betul ka kerajaan sekarang ni kekurangan dana.
Ini kerana, bagi Abdul Hadi, pelajar terpilih ini merupakan aset penting negara yang perlu dibantu untuk maju dalam pelajaran mereka.
Namun, katanya, dipertengahan jalan, ianya terbantut disebabkan pemberhentian biasiswa oleh kerajaan.
Abdul Hadi berkata demikian dalam satu kenyataannya semalam.
Menurut beliau, PAS dimaklumkan bahawa pemberhentian biasiswa ini berkait rapat dengan usaha kerajaan mengecilkan dana kepada IPTA yang turut melibat sama pengecilan pengambilan kakitangan.
Ramai kakitangan diambil secara kontrak sahaja kerana IPTA kekurangan dana.
Bahkan ada yang sudah berkhidmat lebih lima tahun pun masih belum disahkan jawatan, katanya.
"Ia merupakan satu pengkhianatan dan penggadaian masa depan negara," kata beliau. - Hrkh.
Kalau tengok macam episod Najib turun ke Parit Buntar baru-baru ni, nampak macam langsung negara kita tadak masalah kekurangan dana.
Mungkin ramai yang taktau, aku dapat laporan kata MB Perak sendiri, Zambry 'ee' Kadir bagitau dalam ucapan dia, sebenarnya projek hospital pakar untuk Parit Buntar tu Najib luluskan masa sembang dalam kereta saja.
Bila Zambry mengadu pasai isu hospital yang dah lama janji tapi tak naik-naik jugak tu yang dah lama jadi selumbar kepada United Malay National Organisation bahagian Parit Buntar, Najib tanpa banyak soal terus kata "Ok, lulus'. Cukup senang.
Untuk daerah Kerian saja Najib luluskan projek bernilai hampir 1billion. Tu belum dicampur janji Najib kat tempat-tempat lain yang dia turun sama hari tu macam Bukit Gantang, Taiping dan Larut. Kalau tengok dari segi tu memang boleh kata yang negara kita takdak masalah kekurangan dana.
Cumanya, aku harap semakin kurang terutamanya orang melayu yang tertipu, semua janji-janji tu tak perlukan modal walaupun seduit, cuma sekadar modal air liur.
Lagi satu, memang tak heran pun kalau negara kita kekurangan dana pasainya macam aku tulis semalam, Malaysia duduk di tangga no 5 sebagai negara paling tinggi pengaliran wang haram.
Bukan sikit-sikit punya duit, RM1.07 trilion. Tu belum dicampur ketirisan yang dianggarkan 28billion.
Kalau nak kira, tak patut sangat negara kekurangan dana. Pasainya Malaysia adalah antara pengeksport minyak dunia. Dengan harga minyak yang tinggi tak patut sangat negara kekurangan dana melainkan dana yang ada diuruskan dengan cara yang tak cekap dan penuh dengan penyelewengan dan ketirisan.
Walau apa pun, memang tak patut kerajaan potong peruntukan untuk pendidikan kalau pun kekurangan dana. Pasainya pendidikan rakyat adalah pelaburan yang mesti dibuat untuk pastikan negara tak ketandusan cerdik pandai untuk pembangunan negara di masa hadapan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis