Tapi bila tuduh kemungkinan keputusan tinjauan itu dimanipulasi Pakatan Rakyat pada aku sangat tak sesuai. Takkan kut Pakatan Rakyat hebat sangat sampai boleh manipulasi hasil kerja UMCEDEL.
Malaysiakini melaporkan:
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak bersetuju dengan tinjauan oleh satu jabatan dalam Universiti Malaya yang menyebut beliau berada empat mata di belakang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya tidak bersetuju dengan tinjauan itu, kami ada tinjauan sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami mendahului,” katanya.
Beliau merujuk kepada tinjauan pusat demokrasi dan pilihan raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menyebut 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri, berbanding 39 peratus lagi yang berpendapat Najib lebih layak menjadi PM. - Mkini.
Menjawab respond Najib, UMCEDEL bagi penjelasan macam dilaporkan Sinarharian Umcedel jawab pihak pertikai hasil kajian PRU13
Takdak masalah pun kalau Najib takmau percaya tapi kalau sampai persoal integriti UMCEDEL, tu tindakan tak cerdik.
Malaysiakini juga melaporkan:
Beberapa orang tokoh akademik juga mempersoalkan keputusan tinjauan berkenaan dengan dakwaan bahawa saiz sampel 1,407 adalah terlalu kecil dan juga kemungkinan keputusan tinjauan itu dimanipulasi Pakatan Rakyat. - Ibid.Bab saiz sample 1,407 tu kalau dianggap kecil pada aku memang takdak masalah, pasainya lagi besar saiz sample lagi tepat kebarangkalian hasil tinjauan.
Tapi bila tuduh kemungkinan keputusan tinjauan itu dimanipulasi Pakatan Rakyat pada aku sangat tak sesuai. Takkan kut Pakatan Rakyat hebat sangat sampai boleh manipulasi hasil kerja UMCEDEL.
Umcedel adalah badan penyelidikan akademik yang bernaung di bawah Kluster Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Malaya yang dianggotai oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kepakaran ahli Umcedel termasuk dalam bidang statistik, sains politik, politik antarabangsa, sistem maklumat geografi, sejarah dan geografi pilihan raya. - Sinarharian.Yang lawaknya, Najib tak percaya hasil tinjauan UMCEDEL pasai dia ada tinjauan sendiri yang menunjukkan dia mendahului tapi tak pulak berani bentangkan hasil tinjauan tu. Tunjuk la hasil tinjauan dan pihak mana yang buat tinjauan tu, biar rakyat nilai.
Lagi lawak bila dia kata dia yakin Umno BN boleh menang majoriti parlimen lebih 2/3. Taktau la pulak kalau ada yang nak percaya 'angan-angan' Najib tu.
Kalau betul dia yakin boleh dapat majoriti lebih 2/3 takkan la Najib tak berani bubar parlimen lebih awal malah sanggup biarkan Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri, satu keadaan yang tak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.
Kalau dah boleh menang majoriti lebih 2/3 takkan la Dr. Mahathir sanggup jelajah seluruh negara berkempen untuk Umno BN...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis