Hospital baru Parit Buntar - Belum apa-apa Umno BN dah mungkir janji... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 21, 2013

Hospital baru Parit Buntar - Belum apa-apa Umno BN dah mungkir janji...

Cukup ka kalau takat 150 katil untuk penduduk daerah Kerian yang kalau ikut banci tahun 1991 pun dah hampir 150,000 orang, sedangkan Kementerian Kesihatan mensasarkan nisbah 2 katil untuk 1,000 penduduk.

Sinarharian melaporkan:
BAGAN SERAI - Teka-teki mengenai status pembinaan Hospital Kerian di Simpang Lima, di sini terjawab apabila perlaksanaan pembinaannya disahkan akan dimulakan Februari ini.

Pembinaan itu akhirnya terlaksana susulan Pejabat Pembangunan Negeri menerima surat kelulusan Kerajaan Pusat yang bersetuju menyenaraikan projek tersebut dalam Third Rolling Plan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). - Sinarharian.
Akhirnya timbul jugak cerita pasai janji hospital baru Parit Buntar ni. Penchachai Umno di Parit Buntar tentu rasa lega bila baca berita ni, beban yang depa tanggung sejak PRU12 dulu bila Tajol Rosli, Menteri Besar ketika tu berjanji masa kempen PRU12 yang projek tu akan dimulakan dalam masa 6 bulan nampaknya akan ditepati jugak akhirnya walaupun terlalu sangat lewat.

Dalam artikel aku sebelum ni aku ada paparkan screenshot janji Menteri Besar Perak tu yang disiarkan Utusan.

Sebenarnya bukan 6 bulan, tapi 6 tahun, tu pun kalau betul boleh disiapkan macam yang depa janji.

Sinarharian juga melaporkan:
Berdasarkan pelan pembangunan awal, dianggarkan tempoh projek pembinaan hospital baru itu bakal disiapkan dan beroperasi pada 2014 atau awal 2015. - Ibid.
Cumanya penchachai Umno Parit Buntar tak patut rasa lega sangat, pasainya belum apa-apa, Umno BN secara berterus terang dah mengaku yang depa memang tak mampu nak tepati janji.

Sinarharian juga melaporkan:
Kamaruddin berkata, Kerajaan Negeri turut mengemukakan rancangan penambahbaikan pelan pembangunan asal dengan pengurangkan jumlah katil di hospital itu yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, Kerajaan Pusat terpaksa memutuskan penyediaan 300 katil pesakit yang dikemukakan sebelum ini terpaksa dikurangkan kepada 150 katil bagi memenuhi peruntukan yang disediakan. - Ibid.
Sebelum ni beriya-iya Najib sendiri janji nak bina Hospital Pakar dengan 300 katil, belum pun mula projek dah mungkir janji, janji dah kerat jadi setengah.

Cukup ka kalau takat 150 katil untuk penduduk daerah Kerian yang kalau ikut banci tahun 1991 pun dah hampir 150,000 orang, sedangkan Kementerian kesihatan mensasarkan nisbah 2 katil untuk 1,000 penduduk.

Yang lawaknya Pegawai Daerah guna perkataan "penambahbaikan". Penambahbaikan kepala hotak dia macam tu.

Isunya disini, layak ka penchachai Umno guna projek hospital baru yang dah la terlewat hampir 5 tahun, potong tinggal setengah pulak tu, sebagai tanda atau bukti JANJI DITEPATI.

Sambungan
Hospital baru Parit Buntar - Belum apa-apa Umno BN dah mungkir janji (Siri 2)

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...