Iklan Top

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Saturday, November 22, 2008

Politik Daun Kari vs Politik Komersial

Aku bila balik kampung akan ada kurang-kurang sorang yang tanya soalan standard dan aku pun dah selalu guna jawapan standard. Biasanya sembang tu bunyi lebih kurang sama, kalau tak sama pun maksudnya atau ceritanya atau isunya lebih kurang la. Macam baru ni terjeremoh dengan sorang member ni masa keluar kedai cina beli Surya.

Member : "YB ada mana?"

Aku : "Tah"

Member : "Apa program yang terdekat? Ceramah bila?"

Aku : "Mana aku tau"

Member "Ish.. takkan hang tak tau?"

Aku : "Memang tak tau nak buat macam mana. Kalau nak tau kena laa tanya pejabat YB, ada pegawai tetap pa kat sana."

Member : "Mana boleh hang tak tau, hang kan orang kuat YB "

Aku : "Pembetulan! Aku bukan orang kuat YB. Kalau kata orang kuat calon mungkin aku boleh terima."

Member : "Kan calon tu dah menang."

Aku : "Kontrak aku takat pukul 12 malam hari pilihanraya"

Member : "Ish.. tapi takkan depa tak dak bagitau hang perkembangan YB"

Aku : "Biasa laa, DAUN KARI"

Member : "Hah! daun kari?"

Aku : "DAUN KARI, atau pun orang jermen kata DAUN KARAPOLE"

Member : "Ishh..."

Aku : "Kan ka daun tu orang guna untuk masak gulai kari, masa nak menomeh, nak bagi wangi kut. Bila dah masak, masa nak kaut, orang kaih ke tepi. Kalau dah terkaut pun depa kuih ke tepi pinggan. Kalau dah tersuap pun depa boleh luah balik. Kalau ada pun mungkin beberapa orang yang macam aku yang makan DAUN KARI nii."

Member : "Takkan YB buat macam tu?"

Aku : "Ish hang ni... bila pulak aku kata YB. Aku yakin YB tak macam tu. Aku kenai sangat YB tu, bukan jenis kormesial punya orang. Dia sibuk tu. Dia bukan ada pengalaman jadi YB. Ingat senang ka jadi YB, macam-maca masalah dok pi kat dia. Macam-macan jenis orang pi mintak tolong. Tu tak masuk lagi geng-geng subsidi dengan geng-geng Komersial. Tapi sebenarnya aku lebih suka jadi DAUN KARI. Senang. Aku boleh buat kerja aku, sapa tak boleh kacau. Lagi pun aku rasa lebih baik aku tolong depa-depa yang kena jaga Bukit Uhud, hal GHANIMAH ni biar laa depa yang lain paraid."

Member : "Hang ni.. macam-macam istilah?"

Aku : "Ish.. aku lambat dah ni.. lain kali laa aku sambung. Tak pun call aku. Masih nombor lama. aku malas nak call hang, pasai hang pakai 012. Mahai. Lagi pun aku tak mau sokong geng Samy Velu, kalau HINDRAF takpa laa. Oklah, jumpa lagi lain kali. Salaamun alaikum"

Member : "Sat.. tadi hang kata kontrek hang takat pukul 12, berapa dia bayar kat hang?"

Aku : "Hang gila ka apa? Ingat aku kerja dengan calon UMNO ka? Ok. Salaamun alaikum


~ Cenangau atas Daun Kari

3 comments:

  1. Salam Saudara,
    minta kebenaran untuk publish ceghita nie kat web kami yang baru nak dibangunkan, www.srimuda.net .Ceghita nie banyak yang kena batang hidung 'rakyat' kat sini.... moga boleh dapat iktibar

    ReplyDelete
  2. Dialu-alukan, tak payah minta kebenaran, letakkan link je dah cukup

    ReplyDelete
  3. daun kari yang bila nak makan diketepikan akan dikenang bila mencium bau wanginya masakan.

    ReplyDelete

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak, tapi kalau MENCARUT kompom aku anggap spam... Hahaha...
Apa pun, tolong la tulis nama apa pun takpa, takkan BANGANG sangat nak tulis nama pun tak reti... dan segala komen adalah tanggungjawab pengkomen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Page Number