Kelantan dah lulus, Penang dah lulus, Kedah dan Selangor bila nak buat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 02, 2012

Kelantan dah lulus, Penang dah lulus, Kedah dan Selangor bila nak buat?

Pada aku, yang paling penting, undang-undang ni mencerminkan kesungguhkan Pakatan Rakyat tak setuju dengan tindakan wakil rakyat lompat parti dan mengkhianati pengundi. Boleh dikuatkuasakan atau tidak itu soal kedua.

Malaysiakini melaporkan:
Rang Undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini untuk menyekat wakil rakyat daripada melompat parti untuk keuntungan peribadi.

Enakmen tersebut disokong oleh 27 daripada 31 ADUN, dengan empat wakil rakyat Umno yang hadir enggan mengundi.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pembentangan rang undang-
undang itu adalah satu langkah "bersejarah" yang termasuk pindaan penting kepada perlembagaan negeri bagi membolehkan undang-undang berkenaan dilaksanakan. - Mkini.
Aku cukup setuju dengan Guan Eng yang nak jugak undang-undang anti lompat ni diluluskan di Pulau Pinang walaupun Karpal Singh macam tak berapa senada dengan Guan Eng.

Pada aku, yang paling penting, undang-undang ni mencerminkan kesungguhkan Pakatan Rakyat tak setuju dengan tindakan wakil rakyat lompat parti dan mengkhianati pengundi. Boleh dikuatkuasakan atau tidak itu soal kedua.

AntaraPos sebelum ni ada melaporkan:
GEORGETOWN: Undang-undang anti lompat parti adalah tidak sah kecuali Perlembagaan Persekutuan dipinda terlebih dahulu menurut Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Justeru menurut beliau, cadangan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membawa enakmen undang-undang anti lompat untuk dibincangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) November depan, tidak sah.

Walau bagaiamanpun menurut peguam veteran itu, kerajaan negeri mempunyai pilihan untuk membawa isu berkenaan ke Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula keputusan yang pernah dibuat Mahkamah Agung pada 1992. - AntaraPos.
Mahkamah Agung pada tahun 1992 buat keputusan Undang-undang anti lompat yang dah diluluskan DUN Kelantan sebagai tak sah atas alasan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kononnya undang-undang tu menyekat kebebasan untuk berpersatuan atau menyertai mana-mana parti. Satu alasan yang sangat lemah. Kalau nak kira macam tu, Auku jugak tak sah, sama jugak dengan larangan kepada kakitangan kerajaan untuk aktif dalam politik pun tak sah jugak.

Walaupun Auku dah dipinda tapi masih tak bagi kebebasan mutlak kepada mahasiswa untuk berpolitik. Macam tu jugak dengan kakitangan kerajaan kumpulan A, cuma guru-guru saja yang dibenarkan, tu pun dengan syarat yang tak berapa nak masuk akal.

Pasai itulah, Undang-undang anti lompat Penang menggariskan tiga prinsip penting:

  • Kedaulatan rakyat di bawah sistem demokrasi berparlimen, dengan rakyat mempunyai hak untuk memilih wakil mereka;
  • Kebebasan berpersatuan bagi wakil yang dipilih, tetapi dia perlu mengosongkan kerusinya jika melompat parti;
  • Bagi prinsip akauntabiliti, wakil rakyat mesti bertanggungjawab kepada pengundi mereka.

Kelantan dah lama luluskan undang-undang macam ni dan diikuti oleh Pulau Pinang, Kedah dan Selangor tak teringin nak luluskan jugak ka?

Berkaitan:


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...