Karpal Singh nak sabotaj kerja buat Anwar Ibrahim pulak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 20, 2012

Karpal Singh nak sabotaj kerja buat Anwar Ibrahim pulak?

Malaysiakini melaporkan:  
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata parti itu sentiasa menentang tindakan melompat parti.

Beliau berkata tindakan itu adalah satu perkara yang serius kerana melibatkan pengkhianatan anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat.

"Anda tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan kehendak rakyat dan DAP tidak akan bertolak ansur dengan tindakan melompat parti," katanya kepada pemberita di George town hari ini. - Mkini.
Aku tengok komen Karpal Singh ni nampak macam nak hala ke Sabah dan Sarawak dengan kerja buat Anwar Ibrahim sebagai sasaran. Sebelum ni kecoh pasai isu hudud bila Karpal buka mulut.

Semua orang tau semenjak dua menjak ni Anwar Ibrahim cukup pandang berat dan ambil perhatian dengan Sabah dan Sarawak. Kalau sebelum-sebelum ni mungkin tak berapa nak peduli sangat tapi semenjak dua menjak ni kerap sangat dia turun ke Sabah dan Sarawak.

Hasilnya setakat ni dia dah dapat 3 ekor katak, maksud aku 3 orang wakil rakyat melompat keluar parti. 2 orang ahli parlimen dan sorang senator.

Katanya lepas Aidil Fitri ni akan ada banyak lagi 'khabar gembira' dari sabah dan Sarawak, tah berapa orang pulak yang nak lompat lepas ni.

Walaupun laporan Malaysiakini tu tak sebut langsung pasai Sabah atau Sarawak tapi aki yakin Karpal Singh memang niatnya hala ke situ.

Apa pun pendirian aku tetap dalam hal ni dan aku cukup sokong kenyataan Karpal Singh ni tapi dengan sikit pembetulan.

Bukannya tak boleh lompat parti tapi Wakil Rakyat tak boleh lompat parti. Kalau nak lompat jugak, sila letak jawatan. Kalau tak sanggup berkorban dengan letak jawatan jangan jadi munafiq konon cakap pasai nak perjuangkan.

Kalau ada orang politik tapi bukan wakil rakyat nak melompat mana boleh kata salah tapi kalau wakil rakyat yang diundi oleh rakyat memang salah dari segi prinsip pasainya di Malaysia ni aku berani kata semua calon pilihanraya yang menang sebab dia jadi wakil kepada parti.

Memang tak dinafikan ada yang undi sebab calon tapi majoriti yang mengundi dan memenangkan calon tu mengundi sebab calon parti.

Jadinya kalau sungguh nak melompat, sila letak jawatan sebagai wakil rakyat sebelum melompat, termasuk jugaklah kalau ada yang nak lompat tu nak masuk PAS. TITIK.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...