KUALA LUMPUR - Pembelotan beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai oleh pembangkang sebagai "pembelotan pemimpin berpengaruh" hanya gimik pembangkang untuk "mengaburi mata rakyat", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.
Memberikan contoh kes Tamrin Tun Ghafar yang keluar Umno untuk menyertai Pas malam semalam, Khairy berkata, ia merupakan taktik pembangkang kerana Tamrin sendiri sudah lama tidak aktif dalam politik Umno, dan ini merupakan satu cara untuk beliau "kembali berkecimpung dalam politik". - Sinarharian.
Ada kebenarannya jugak apa yang Khairy katakan tu. Memang pun kalau ditengok dari satu sudut, pemimpin BN yang lompat dari sokong BN kepada PR semuanya 'pemimpin veteran'.
Bab tak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN tu mungkin masih boleh dibahaskan pasainya mungkin betul depa dah tak berapa dikehendaki tapi mungkin pasai 'aspirasi' depa yang dah tak sama dengan parti komponen BN berkenaan.
Tapinya, kalau nak kata depa dah tak laku mungkin tak berapa nak tepat pasainya macam pemimpin BN yang terbaru yang melompat, Senator Maijul Mahap bukan keluar UPKO sorang-sorang tapi bersama semua Ajk UPKO Bahagian Kota Marudu dan mengumkan pembubaran UPKO Bahagian Kota Marudu.
Macam tu jugak Lajim Ukin dan Wilfred Bamburing yang keluar bersama sebilangan penyokong depa.
Cumanya, kalau Tamrin Ghafar mungkin betul macam Khairy kata, dia memang masuk PAS sorang-sorang tanpa pengikut, sekurang-kurangnya setakat hari ni.
Apa pun, aku cukup setuju dengan gesaan Khairy macam yang dilaporkan Bernama:
Khairy berkata, beliau berharap Parlimen akan menggubal undang-undang antilompat parti supaya anggota Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka sebelum mereka "menyertai parti lain". - Ibid.Malah undang-undang anti lompat parti tu patutnya dah lama dilaksanakan supaya keadaan politik negara tak jadi kucar-kacir dan tak menentu akibat tindakan dan gelagat katak yang takdak pendirian dan dalam masa yang sama boleh mengurangkan unsur rasuah dalam politik dan pentadbiran negara.
Lebih elok kalau Khairy sendiri pastikan yang rang undang-undang antilompat tu dibawa ke parlimen. Kalau menteri tak nak bawa mungkin Khairy sendiri yang patut bawa. Cuma yang jadi tandatanya kalau dia bawa adakan wakil rakyat Umno BN akan sokong dan ada kemungkinan jugak wakil rakyat Pakatan Rakyat pun akan tak sokong.
Lagi satu, yang mungkin paling menarik kalau undang-undang altilompat ni dibawa ke parlimen dan diluluskan agak-agak sapa yang akan untung?
Tak kira la samada BN atau Pakatan Rakyat yang akan untung tapi yang pastinya yang akan untung adalah rakyat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis