Selangor tak teringin nak gubal undang-undang anti katak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 24, 2012

Selangor tak teringin nak gubal undang-undang anti katak?

Malaysiakini melaporkan:
MP Puchong Gobind Singh menggesa kerajaan Selangor supaya mengikut jejak langkah Pulau Pinang yang mengumumkan untuk menubuhkan undang-undang ant-lompat parti.

MP DAP itu berkata, langkah itu penting kerana tindakan lompat parti bukan sahaja satu "pengkhianatan" kepada rakyat tetapi juga salah dari segi moral.

Katanya lagi, demokrasi tidak sepatutnya merendahkan pilihan rakyat dalam memilih wakil mereka dalam pilihanraya. - Mkini.   
Sebelum ni MalaysianInsider ada melaporkan:
KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Pulau Pinang akan meluluskan undang-undang anti-lompat parti pada November ini menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim (gambar), yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau akan “bersungguh-sungguh memastikan undang-undang itu dapat dilaksanakan pada sesi Dewan Undangan Negeri nanti.”

Kenyataan beliau menyusul selepas pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan berkata bahawa parti itu “tidak akan bertolak ansur dengan melompat parti.”

Lim berkata cadangan undang-undang itu akan memastikan “intergriti dalam politik bagi memastikan wakil rakyat tidak dibeli dan tidak mengkhianati mandat yang diberi daripada rakyat.” - TMI.
Aku harap, Khalid Ibrahim dan kerajaan Selangor bagi respon pasai isu ni. Aku harap Selangor pun berani gubal undang-undang yang sama walaupun akan dilihat macam bercanggah dengan kerjabuat Anwar dan PKR di Sabah dan Sarawak.

Sebelum ni Malaysiakini ada melaporkan:
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin - yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat - mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Beliau memberitahu organ PKR - Keadilan Daily - bahawa mereka akan berbuat demikian secara berperingkat beberapa bulan lagi.

“Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka.

“Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar,” katanya kepada Keadilan Daily. - Mkini.
Dalam pada tu mStar melaporkan:
GEORGE TOWN: Sebuah undang-undang menentang lompat parti tidak akan berkesan walaupun ia diluluskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana ia bukan perlembagaan, kata para peguam.

Peguam veteran, Datuk C.V. Prabhakaran berkata, undang-undang seperti itu bertentangan dengan ketetapan Mahkamah Agung 1992.

“Anda tidak boleh meluluskan undang-undang yang menyekat kebebasan peribadi. Ia adalah ‘ultra vires’ (melampaui batasan undang-undang). - mStar.
mStar juga melaporkan:
PETALING JAYA: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada Khamis menyelar DAP yang bercadang meminda perlembagaan negeri Pulau Pinang bagi menyekat perbuatan melompat parti, dengan berkata cadangan itu hanya sandiwara politik DAP.

Beliau yang mempersoalkan keikhlasan DAP tentang perkara itu, berkata DAP amat menyedari cadangan berkenaan tidak akan mendapat kelulusan dewan undangan negeri dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang tidak menyekat kebebasan politik mana-mana individu. - mStar.
Bharian pulak melaporkan:
Kuala Lumpur: Kerajaan tidak bercadang menggubal undang-undang antilompat parti
kerana ia bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kerajaan berpendapat undang-undang itu tidak perlu digubal kerana Perlembagaan Persekutuan sudah menetapkan setiap warga negara bebas dan mempunyai hak untuk berpersatuan. - BHarian.
Kerajaan negeri Kelantan dah lama luluskan undang-undang antilompat tu tapi mahkamah Agung 1992 membatalkannya. Bab Ust Azizan dan kerajaan Negeri Kedah aku malas nak komen. Jenis 'ular kapak' ni tak payah kacau pun takpa. Bila sampai masa dia nanti Kedah akan ikut jugak walaupun mungkin dengan sikit 'drama.'

Hari ni, MalaysianInsider ada melaporkan:
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Lim Guan Eng mahu mahkamah persekutuan menimbang semula keputusan yang dilakukan dalam kes Nordin Salleh melompat parti pada tahun 1992 di Kelantan.

Katanya, 20 tahun sudah berlalu sejak mahkamah Malaysia membuka ruang untuk pembelotan politik dan “membolehkan pembiakan katak dan berudu” di kalangan wakil-wakil rakyat Malaysia dengan membenarkan asas pentadbiran demokratik di negara kita untuk diancam oleh politik rasuah dan sogokan.

“Dalam kes 1992 Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin Salleh, Mahkamah Agung yang diterajui Tun Hamid Omar telah menegakkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Eusoffe Chin untuk membatalkan peruntukan Perlembagaan Kelantan yang mewajibkan pilihan raya kecil sekiranya seseorang Adun meninggalkan parti,” kata setiausaha agung DAP dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Sejak keputusan itu, rakyat Malaysia terpaksa menanggung apabila kerajaan-kerajaan yang dipilih secara demokratik di Sabah (1994) dan Perak (2009) telah digulingkan secara tipu helah tanpa mengira pilihan rakyat di peti undi," kata Lim (foto fail), yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Dalam kedua-dua kes ini, parti-parti yang telah ditolak oleh rakyat Sabah dan Perak di pilihan raya umum telah dikembalikan ke tampuk kuasa tanpa memberi peluang kepada para pengundi di negeri-negeri tersebut untuk menyatakan hasrat mereka.”

Katanya, tindakan mana-mana wakil rakyat yang dipilih atas tiket parti untuk melompat parti adalah tidak bermoral, tidak beretika dan tidak berpinsip serta menghina pilihan demokratik rakyat. - TMI.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...