TAMPARULI (Sabah): Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berpendapat adalah wajar undang-undang antilompat disemak semula untuk menghalang ahli politik daripada tukar parti selepas dipilih sebagai anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Beliau berkata kebebasan berpersatuan adalah dikawal oleh undang-undang, dan dengan meletak jawatan atau memaksa seseorang wakil rakyat untuk meletak jawatan apabila beliau melompat parti, ia akan membolehkan pilihan raya kecil diadakan.
"Sudan tentu, ini membolehkan kebebasan untuk memilih dan ia sebenarnya membenarkan rakyat menyuarakan pandangan mereka selaras dengan prinsip demokrasi... ini tidak menjejaskan kebebasan untuk berpersatuan. - mStar.
mStar juga melaporkan:
PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata beliau bersetuju undang-undang antilompat parti dikaji semula, "dengan syarat mereka yang menukar parti, tidak dihalang daripada menjadi calon pada pilihan raya kecil".Dua orang ahli politik veteran Sabah pun sokong diujudkan undang-undang antilompat tapi betapa malangnya Selangor yang diterajui PKR masih lagi membisu dalam isu ni.
Kata beliau peruntukan sedia ada yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri yang meletak jawatan, hilang kelayakan untuk bertanding sebagai anggota Dewan Rakyat (atau dewan undangan negeri) bagi tempoh lima tahun, mulai tarikh beliau meletak jawatan. - mStar.
Aku yakin, Khalid Ibrahim dan lain-lain pemimpin PKR tak berani nak bukak mulut dalam isu ni selagi Anwar tak nyatakan pendirian. Nampak lebih kurang sama ja macam masa Dr. Mahathir berkuasa dulu, pemimpin Umno semua buat bodoh, tunggu Dr. Mahathir ulas sesuatu isu baru yang lain berani tambah tui.
Macam yang MSK tulis dalam MediaPerak.com:
Bila aku masuk mesyuarat DAP, ayat yang paling biasa aku dengar ialah orang PKR dah anggap Anwar macam Nabi. Anwar utusan Tuhan. - MediaPerak.comNak kata apa lagi kalau orang PKR sendiri pun macam mengiyakan kenyataan tu.
Dipihak penyokong 'syaitan' (Dr. Mahathir yang kata, aku cuma ulang saja) pulak macam biasa, memang tak setuju sangat dengan undang-undang antilompat ni, tambah-tambah dengan PRU13 yang dijangka paling sengit dalam sejarah tak lama dah, depa memang memerlukan talian hayat dari para 'katak' kot-kot ada harapan untuk terus berkuasa.
Kalau dah ujud undang-undang tu, ada modal harta seluas langit dan bumi pun mungkin dah tak berguna masa tu.
Roketkini melaporkan:
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng, BN dilihat menentang keras cadangan ini kerana ia akan menghalang mereka dari memperdagangkan wakil rakyat.Sumber imej: PBS
“Tentangan BN ini kita sudah duga dari awal lagi,” kata beliau kepada pemberita dalam sebuah sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.
“Kita tidak mahu wakil rakyat melompat kerana dibeli. Adakah kita mahu melihat wakil rakyat yang dipilih diperdagangkan seperti lembu?” soalnya. - Roketkini.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis