GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh akan membentangkan Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen bagi menggubal Perlembagaan Persekutuan berkaitan antilompat parti.
Beliau berkata sekiranya Perkara 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan dipinda, Rang Undang-undang antilompat yang dicadangkan Kerajaan Pulau Pinang akan menjadi Perlembagaan.
"Perkara itu memberikan seseorang kebebasan untuk bersama atau tidak bersama parti. Saya akan mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen pada 25 September menggesa pindaan (Perlembagaan) dilakukan.
"Saya harap Barisan Nasional (BN) boleh menyokong," katanya di sini pada Sabtu.- mStar.
Seronok jugak kalau boleh tengok Rang Undang-undang ni dibahas di parlimen.
Yang pertama sekali apa wakil rakyat dari PKR nak kata, terutama sekali ketua Umum PKR yang sampai hari ni aku belum jumpa komen dia pasai undang-undng antilompat tu. Selagi Anwar tak komen pemimpin PKR lain pun tak berani komen.
Tambah-tambah kerja buat Anwar di Sabah dan Sarawak dalam sebulan dua ni dari segi semangatnya memang bertentangan dengan roh undang-undang antilompat tu.
Tak mustahil wakil DAP dan PKR 'berperang' dalam parlimen kalau PKR ambil pendirian tak sokong rang undang-undang ni demi untuk 'membela' katak di Sabah dan mungkin jugak akan ada di Sarawak.
Wakil rakyat dari PAS pulak rasanya dah clear dalam bab ni, PAS memang dari dulu lagi sokong undang-undang macam ni, sejak Kelantan nyaris-nyaris tumbang bila ada wakil rakyat melompat. Kecuali la kalau betul ada dikalangan depa tu benar-benar 'anwaris' macam yang selalu puak-puak penchachai dakwa.
Tentu menarik jugak kalau boleh dengar perbahasan dari wakil kerajaan, tentu punya akan banyak keluar alasan dan hujjah bangang dari menteri atau timbalan menteri yang terpaksa pertahankan pendirian kerajaan.
Tak krang menarik jugak perbahasan dari wail rakyat belah Malaysia Timur terutama sekali dari Sabah termasuk yang 'masih' dalam BN yang sokong undang-undang antilompat ni.
Cumanya, persoalan yang paling besar, speaker nak bagi ka rang undang-undng persendirian tu?
Saja aku letak imej kat atas tu, cukup sesuai dengan realiti katak politik. Kalau orang yang jumud selalu dikaitkan dengan 'katak di bawah tempurung' tapi katak politik mungkin duduk di atas tempurung. Bukan saja depa boleh nampak semuanya tapi boleh lompat lebih tinggi lagi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis