Shafie Apdal ni pun ada hati nak lompat jugak kut? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Ogos 27, 2012

Shafie Apdal ni pun ada hati nak lompat jugak kut?

MalaysianInsider melaporkan:
KOTA KINABALU, 26 Ogos — Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata undang-undang antilompat tidak perlu diwujudkan di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi yang antara lain memberi kebebasan kepada individu untuk berpersatuan termasuk dalam arena politik.

Beliau berkata sekiranya mana-mana pihak atau parti politik mahu menghalang mana-mana pemimpin mereka khususnya wakil rakyat menyertai parti lain selepas menang dalam pilihan raya, ia perlu dilakukan seawal mungkin termasuk penerapan nilai-nilai baik dan membuat “penapisan rapi” calon yang bakal diketengahkan.

“Tapislah calon-calon yang rasanya ada kemungkinan akan lompat... jangan jadikan mereka calon mengikut sistem sedia ada. - TMI.
Kalau baca apa yang tersurat memang la nampak kenyataan Syafie Apdal ni tak sokong undang-undang antilompat.

Tapi bila tengok dari sudut lain, terutamanya sekali kalau ditengok bersama sejarah politik Sabah, tak mustahil dalam kepala Shafie ni strategi lain. Mungkin dia pun ada terdetik dihati untuk melompat kalau keadaan memerlukan selepas PRU13.

Kalau betul pendapat sesetengah penganalisis politik yang kata Pakatan Rakyat akan berjaya rampas Putrajaya pada PRU13 nanti, takkan pemimpin macam Shafie Apdal sanggup nak jadi pembangkang.

Dah la sumber income dia yang melimpah ruah sekarang ni bakal terputus, ditambah pulak lagi dengan kemungkinan didakwa dengan tuduhan rasuah dan penyelewengan. Lagi pulak, macamana dia nak teruskan cara hidup dia yang mewah sekarang ni, tambah-tambah lagi kalau betul dia memang jadi sugardady kepada Zahida Rafiq macam ramai yang tuduh.

Kebarangkalian untuk pemimpin macam ni melompat parti sangat-sangat besar. Mungkin Umnop pun perlu tapis Shafie ni dari jadi calon walaupun dia Naib Presiden Umno.

Macam tu jugak la kut dengan dua pemimpin veteran Sabah, Pairin Kitingan dan Bernard Dompok macam yang aku ulas sebelum ni.

Terutama sekali Bernard Dompok, siap suruh dikaji balik undang-undang yang kata tak boleh bertanding untuk 5 tahun kalau wakil rakyat letak jawatan.

Nampak sangat yang dia memang bersedia untuk lompat termasuk bersaedia meletak jawatan kalau terpaksa.

Bagi Pairin Kitingan pulak, mungkin dia tak perlu lompat parti atau letak jawatan pasai dia mungkin boleh bawak PBS keluar dari BN macam yang dia pernah buat sebelum ni. Jadi tak timbul soal lompat parti.

Yang jadi masalah sekarang ni orang PKR. Nak sokong undang-undang antilompat tak berani pasai Anwar belum nyatakan pendirian, takut nanti kalau sokong tiba-tiba Anwar pulak menentang, tertutup pulak peluang nak jadi calon PRU13 nanti... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...