'Politik pistol' akan menular ke Universiti? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 25, 2012

'Politik pistol' akan menular ke Universiti?

Sebelum ni satu Malaysia dikejutkan dengan tindakan bodyguard Anwar mengacukan pistol bila rombongan Anwar Ibrahim yang nak ke Melaka di taham oleh penunjuk perasaan penchachai Umno.

Rentetan tu, bodyguard tu dapat panggilan telefon yang kata "Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol". Nasib baik yang telefon tu tak seberani betul-betul tunggu dengan pistol.

Sungguh malang bila bunga-bunga 'politik pistol' dah berjangkit ke politik kampus.
mStar melaporkan:
PETALING JAYA: Tekanan yang semakin memuncak pada pilihan raya kampus tahun ini, dengan para pemimpin pelajar mendakwa mereka menerima ugutan dan ancaman bunuh.

Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Ahmad Shukran Shaharudin berkata, beliau dan keluarganya di Kedah menerima panggilan berbaur ugutan sejak pagi Ahad.

“Kami menerima beberapa panggilan sejak pukul 6.20 pagi dan pemanggil misteri itu dikatakan tahu semua butiran peribadi saya seperti alamat rumah dan nombor telefon bimbit.

“Pemanggil itu memberitahu ibu bapa saya yang saya akan dibunuh sekiranya saya tidak menarik diri daripada pilihan raya (kampus),” dakwanya - mStar.

Walaupun tak disebut pistol tapi apa cara lagi untuk bunuh selain dari tembak guna pistol. Takkan kut nak bunuh guna parang panjang kut. Lagi pun, bukannya susah sangat nak dapat pistol sekarang ni.

Nampaknya, puak-puak penchachai Umno BN takut sungguh calon Aspirasi  kalah dalam pilihanraya kampus kali ni sampai ke tahap sanggup buat apa saja termasuk main 'politik pistol'.

Depa cukup sedar yang politik kampus sikit sebanyak memang boleh mempengarusi keputusan PRU13. Dan jangan terkejut kalau lepas ni ada calon pro-mahasiswa yang dipukul oleh gangster kalau pun tak sampai tahap ditembak dengan pistol.

Selain dari Ahmad Shukran, ramai lagi dapat ugutan macam tu.

mStar juga melaporkan:
Ahmad Shukran kemudiannya mendakwa bahawa empat rakannya yang merupakan calon dan keluarga mereka turut menerima panggilan telefon seumpamanya.

“Semua ancaman memberi maksud tersirat bahawa calon-calon akan dicederakan dalam satu cara atau apa cara sekiranya masih mahu bertanding dalam pilihan raya (kampus). Calon-calon yang lain dan keluarga mereka turut sudah membuat laporan polis,” katanya.

“Keluarga kami begitu bimbang dengan keselamatan kami, tetapi kami masih dengan pendirian kami untuk menjadi calon pilihan raya.”

Sementara itu, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sedivanto mendakwa beliau diugut oleh tiga gangter di kediamannya di sini pada pukul 4 pagi Ahad. - Ibid.
Update:

Harakahdaily melaporkan:
PETALING JAYA: Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto (gambar) didakwa telah dipukul oleh lima orang samseng yang tidak dikenali awal pagi tadi.

Kejadian didakwa berlaku sekitar jam 4 pagi ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Menurutnya, ketika kejadian sebuah kereta Kancil telah menyekat laluan motosikalnya dan mengarahkan beliau ke satu kawasan yang gelap.

Salah seorang daripada samseng tersebut turun dari kereta tersebut dan menghayunkan topi keledar ke badan beliau sehingga terjatuh daripada motosikal.

Setelah itu, lima orang samseng tersebut memukul dan menghentak beliau dengan topi keledar di kepala. Mereka juga menumbuk dan menerajang di perut beliau.

Serangan itu menyebabkan beliau lebam di bahagian muka dan badan. - Hrkh.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...