Betul ka puak penchachai Umno berani main 'politik pistol'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 12, 2012

Betul ka puak penchachai Umno berani main 'politik pistol'?

Keadilandaily melaporkan:  
PETALING JAYA 12 September: Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam.

“Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”, dan selepas itu talian terus diputuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media diiringi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad di ibu pejabat parti hari ini. - KD.
Nampaknya apa yang aku 'ramalkan' sebelum ni dalam posting aku yang bertajuk "Takkan Anwar nak mulakan trend 'politik pistol' kat Malaysia kut?"nampak macam nak jadi realiti.
Apa pun, trend politik pistol ni sangat tak sesuai. Lebih tak sesuai lagi kalau kem Anwar yang mulakan. Aku harap Anwar cepat-cepat nafikan aksi keluarkan pistol ni adalah sebahagian dari SOP bodyguard dia. - Ibid.
Memang takdak masalah sangat kalau budaya politik pistol ni nak berkembang di Malaysia, pasainya nak dapatkan pistol tak susah mana.

Kalau ada yang berhajat nak miliki pistol boleh try praktik apa langkah-langkah yang cukup mudah dalam blog Mazidul. Cukup mudah, semudah macam main baling buah nyok.

Apa pun, aku tak berapa yakin mamat yang ugut melalui telefon tu berani nak buat macam tu. Takat ugut ja dia berani, tu pun aku yakin dia tengah terkucil bila ugutan dia tu dah didedahkan.

Kalau dulu mungkin la kes macam tu polis buat-buat taktau, tapi semenjak Umno BN semakin lemah ni, pihak polis terpaksa buat siasatan kes-kes yang melibatkan pemimpim pembangkang, takut pasai polis persepsi hasil kes-kes macam ni akan melemahkan lagi Umno BN.

Tara 2 orang mamat yang beraksi kencing banner gambar pimpinan PAS pun polis terpaksa cari, takkan kes ugut melibatkan pistol polis nak buat-buat tak dengar.

Lagi pun, aku tak yakin langsung pemimpin Umno berani nak main 'politik pistol'. Pasainya, aku yakin depa pun tau, kalau ada pemimpin Pakatan Rakyat yang terkorban akibat 'politik pistol' tentu punya rakyat akan bangkit menentang Umno BN dijalanraya yang tentu punya  akan jadi berkali ganda lebih besar dari BERS✔H 3.0.

Masa tu aku amat-amat yakin dah tak boleh dipanggil himpunan aman...

Sumber imej:malaysiandigest.com


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...