Projek RM68billion tapi pampasan cuma RM2.80 sekaki persegi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 25, 2012

Projek RM68billion tapi pampasan cuma RM2.80 sekaki persegi?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Johor yang tidak menggunakan tanah miliknya sendiri bagi tujuan pembangunan loji bersepadu penapisan, minyak dan petrokimia (Rapid).

Pengerusi Mantap, Salahuddin Ayub berkata tanah milik kerajaan negeri yang terletak hanya 10 kilometer dari tanah penduduk itu lebih luas dan tiada sebarang pembangunan dilakukan.

"Mengapa kerajaan negeri tidak menggunakan tanah tersebut untuk projek Rapid ini, sebaliknya mengambil tanah penduduk yang mengakibatkan mereka kehilangan segala-galanya," soal beliau pada sidang media, di lobi parlimen, hari ini. - Hrkh.
Kalau ikut perancangan, katanya projek RAPID Pengerang ni akan menelan belanja RM68billion, satu jumlah yang sangat besar, tapi pasai apa pampasan tanah yang dirampas sangat rendah dan sangat tak tak relevan kononnya projek pembangunan tu takkan mengabaikan kepentingan penduduk setempat.

MalaysianInsider pula melaporkan:
Jelas Salahuddin, pihaknya difahamkan, penduduk ditawarkan nilai RM2.80 sekaki persegi untuk tanah penduduk yang diambil berikutan projek tersebut.

“Saya difahamkan tanah di kawasan Pengerang yang diambil hanya dibayar pampasan RM2.80 sekaki persegi ... jika ada satu ekar, penduduk hanya menerima RM80,000. - TMI.
Apa sangat yang orang kampung dapat buat dengan nilai RM80,000 seekar tu. Boleh la kut setakat untuk beli rumah, tapi macamana dengan punca pendapatan depa.

Macamana pulak dengan generasi kedua. Sekurang-kurangnya dengan keluasan tanah kampung seekar pun generasi kedua dah ada tapak untuk dibuat rumah sendiri. Dengan jumlah pampasan yang macam tu punya rendah memang masa depan depa tak terjamin.

Apa pun, hari Ahad ni, 30 September akan diadakan satu demonstrasi "Himpunan Hijau Pengerang Lestari". Agak-agak berapa orang yang akan turun demo tu?

KeadilanDaily melaporkan:
KUALA LUMPUR 25 September: Seramai 28,000 penduduk daripada 10 kampung dijangka akan turun berdemo dalam Himpunan Hijau Lestari Pengerang Ahad ini ekoran tidak berpuas hati tindakan kerajaan Umno BN merampas tanah penduduk untuk Projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).

Himpunan aman yang bakal diadakan di Dataran Sungai Rengit itu bertujuan menarik perhatian pihak bertanggungjawab terhadap nasib penduduk susulan kerajaan negeri tidak mempedulikan rintihan mereka. - KD.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...