Dah 12 kali PRU baru Umno BN terfikir nak buat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 27, 2013

Dah 12 kali PRU baru Umno BN terfikir nak buat?

Paling kurang pun kalau garis panduan tu nampak mengarut, tentu boleh jadi peluru ampuh untuk Pakatan Rakyat guna menghasut rakyat.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pejabat Peguam Negara untuk menentukan segala garis panduan bagi sesebuah kerajaan sementara.

"Apabila tiba masanya, perkara ini perlu dilakukan. Saya kira selepas ini kita minta AG's Chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara," katanya. - TMI.
Rupa-rupanya sampai hari ni masih takdak lagi garis panduan untuk 'kerajaan sementara' atau mungkin lebih mudah nak faham kalau disebut 'Caretaker Government'.

Maknanya selama ni dah 12 kali pilihanraya Umum, 'Caretaker Government' yang uruskan kerajaan selepas parlimen dibubarkan buat kerja takdak garis panduan.

Tapi macam istilah 'better late than never' kita mengalu-alukan cadangan menteri ni. Sekurang-kurangnya untuk PRU kali ni ada garis panduan apa yang boleh dan apa yang tak boleh caretaker goverment buat.

Tapinya, aku sikit prejudis kalau orang macam Ghani Patail yang depa kata tak 'cukup sekati' yang tentukan garis panduan tu.

Memang la dari segi jawatannya sebagai Peguam Negara, dia mungkin yang paling berautoriti untuk buat garis panduan tu, tapi berdasarkan kerja buat dia sebelum ni aku yakin garis panduan yang akan keluar nanti tentu punya tak adil, maksud aku garis panduan tu akan banyak menguntungkan Umno BN dan merugikan Pakatan Rakyat.

Patutnya Caretaker Government tu sendiri dilantik dari kalangan individu yang 'tak berpihak' bukannya Perdana Menteri dan kabinet kerajaan sebelum bubar. Dah tentu la caretaker goverment tu takkan beraksi adil.

Cumanya sekurang-kurangnya bila keluar garis panduan tu kita boleh nilai takat mana Caretaker Government tu adil untuk semua pihak.

Paling kurang pun kalau garis panduan tu nampak mengarut, tentu boleh jadi peluru ampuh untuk Pakatan Rakyat guna menghasut rakyat.

Update:

Akhirnya yang buat garis panduan kerajaan sementara tu cuma NGO Bersih

GARIS PANDUAN KERAJAAN SEMENTARA

Tujuan garis panduan ini, yang bersesuaian dan diterima pakai oleh konvensyen  antarabangsa, adalah untuk memastikan bahawa semasa tempoh kerajaan sementara ini,  Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan bertindak dengan sewajarnya supaya,  walaupun urusan perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan berjalan terus, keputusankeputusan  dan tindakan-tindakan yang bersifat utama dan dasar (major) mesti dielakkan  supaya ia tidak mengikat kerajaan yang akan dipilih kelak. Garis panduan ini bertujuan  memberi panduan umum. Ia boleh ditambah dengan dokumen-dokumen yang  mengandungi maklumat yang lebih khusus yang boleh didapati dalam Australian Capital  Territory 2012 General Election on Guidance on Caretaker Conventions3 dan London Cabinet  office on General Election Guidance 2010..4  Garis panduan berikut akan digunapakai kepada kerajaan sementara:

(1) Dari tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sehingga kerajaan  yang baru dipilih mengambil alih, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri  hendaklah menjadi kerajaan sementara dan tidak boleh:
(a) membuat keputusan-keputusan dasar dan utama yang berkemungkinan besar  akan mengikat kerajaan yang akan dipilih;

(b) membuat perlantikan-perlantikan penting;

(c) menandatangani kontrak atau perjanjian besar dan utama (major contracts or  undertakings);

(d) mengumumkan sebarang geran kewangan baru dalam apa jua bentuk sekalipun  atau apa-apa janji yang berkaitan dengannya;

(e) meletakkan batu asas dan lain-lain, projek atau skim dalam apa jua bentuk; atau

(f) membuat apa-apa janji baru bagi membina infrastruktur atau melaksanakan  projek-projek awam.


(2) Kerajaan sementara sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri tidak boleh  menggunakan, dan hendaklah memastikan bahawa tidak ada sebarang sebab untuk  diberikan untuk sebarang aduan bahawa ia telah menggunakan, kedudukan rasmi  untuk tujuan kempen pilihan raya dan khususnya:

(i) anggota Kerajaan Persekutuan atau ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan  Negeri tidak boleh menggabungkan lawatan rasmi mereka dengan kerja  pilihanraya dan tidak akan menggunakan sumber, kenderaan, kakitangan dan  jentera kerajaan semasa kerja kempen pilihan raya mereka;

(ii) jentera, sumber, kenderaan dan kakitangan Kerajaan Pusat dan Negeri tidak  boleh digunakan untuk kepentingan kerajaan sementara dan, khususnya,  tiada kementerian, jabatan, agensi atau alat-alat kerajaan yang lain atau  badan-badan berkaitan kerajaan boleh diarahkan atau dibenarkan untuk  mengadakan sebarang majlis atau aktiviti yang berkaitan dengan apa-apa  kerja pilihanraya atau aktiviti-aktiviti berkempen;

(iii) tempat-tempat dan kemudahan awam tidak boleh dimonopoli oleh kerajaan  sementara dan parti-parti dan calon-calon lain hendaklah dibenarkan  menggunakan kemudahan tersebut sekurang-kurangnya pada jumlah  kekerapan penggunaan yang sama banyak serta dengan terma dan syarat  yang sama dengan yang digunapakai kepada parti yang menguasai kerajaan  sementara;

(iv) kerajaan sementara tidak dibenarkan, dan hendaklah memastikan bahawa  penjawat awam dan pihak berkuasa di bawah bidang kuasa dan kawalan  mereka tidak menggunakan wang dari dana persekutuan atau negeri yang  disatukan untuk mengeluarkan iklan di akhbar-akhbar dan lain-lain media;

(v) kerajaan sementara hendaklah memastikan akses yang bebas dan adil untuk  bersiaran percuma di radio, televisyen, dan lain-lain media penyiaran;

(vi) kerajaan sementara tidak dibenarkan, dan hendaklah memastikan bahawa  penjawat awam dan pihak berkuasa di bawah bidang kuasa dan kawalan  mereka tidak, menggunakan wang dari dana persekutuan atau negeri yang  disatukan bagi tujuan mengadakan atau menganjurkan perhimpunan atau  mesyuarat;

(vii) manakala adalah menjadi hak pekerja sektor awam untuk mengambil  bahagian dalam proses politik, mereka mesti berbuat demikian dalam  kapasiti peribadi mereka, mengelakkan sebarang percanggahan kepentingan  (conflict of interest) dan tanpa mempamerkan kecenderungan politik mereka  semasa menjalankan tugas;

(viii) ahli-ahli kerajaan Persekutuan atau ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan  Negeri tidak boleh memasuki mana-mana tempat mengundi atau tempat  pengiraan undi kecuali dalam kapasiti mereka sebagai seorang calon atau  pengundi atau ejen yang diberi kuasa; dan

(ix) kerajaan sementara hendaklah memastikan dan bertanggungjawab terhadap  keselamatan semua rakyat secara sama rata, dan hendaklah memastikan  bahawa semua polis dan pegawai penguat kuasa bertindak tanpa rasa takut  atau memihak (without fear or favour) dalam usaha menjaga keselamatan  semua pihak.

Sumber:Bersih

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...