Takkan Anwar nak mulakan trend 'politik pistol' kat Malaysia kut? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 09, 2012

Takkan Anwar nak mulakan trend 'politik pistol' kat Malaysia kut?

Bharian melaporkan:
Jasin: Polis menahan lelaki yang ditugaskan mengawal Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai pada majlis anjuran PKR di Kampung Baru Rim di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, lelaki berusia 37 tahun yang menaiki kereta Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke majlis itu.

Marah dengan perbuatannya, orang ramai yang berada berhampiran tapak program Jelajah Merdeka Rakyat, menyerbu ke arah lelaki itu sehingga keadaan menjadi kecoh.

Beberapa anggota polis yang berkawal di tempat kejadian pantas menyuraikan kekecohan sebelum menahan dan membawa lelaki itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). - Bharian.
Dipihak PKR pulak, depa kata tindakan Dino tu adalah sebahagian dari SOP untuk mempertahankan majikan sebagai persediaan menghadapi apa saja kemungkinan.

Dan depa kata Dino cuma keluarkan pistol tapi tak pun mengacukan pistol kepada orang ramai macam yang didakwa. Tak kisah la mengacu atau tak mengacu, yang jelasnya pistol memang ada dikeluarkan.


Yang aku mushkilnya, perlu ka sampai tahap keluarkan pistol tu, atau mungkin lebih aula kalau aku tanya, perlu ka bodyguard bawak pistol.

Jangan tanya soalan macam tu kat bodyguard, kalau tanya kat depa tentu punya depa kata perlu, malah mungkin ada jenis bodyguard yang terlebih ekstrim yang akan kata kalau boleh bawak mesingun lagi baik.

Pada aku tindakan keluarkan pistol ni sangat tak sesuai dengan iklim politik Malaysia, kalau iklim politik negara lain mungkin kut ada yang sesuai tapi untuk iklim Malaysia memang tak sesuai atau mungkin lebih tepat kalau aku kata masih belum sesuai.

Memang la tindakan penchachai Umno termasuk PERKASA semakin hari semakin ganas tapi ganas depa belum sampai main pistol. Baru tahap bagi penampar, baling telur busuk dan batu dan yang terbaru baling plantik isi cat merah.

Kalau yang ekstrim pun cuma tahap baling selipar dalam masjid, tu pun PERKASA nafi tapi tu cerita lain, tak berapa sesuai kalau nak masukkan dalam kategori aksi ganas.

Kalau ikut teori 'Newton action of law' setiap action akan ada reaction, aku takut aksi keluarkan pistol ni boleh mencetuskan reaction lebih kurang macam tu jugak di pihak penchachai Umno, malah tak mustahil reaction dia akan lebih dahsyat lagi.

Kalau pun betul memang ada perancangan sampai tahap nak bunuh DSAI, pada aku sangat tak relevan bodyguard sampai tahap keluarkan pistol, kecuali la kalau pihak musuh dah keluarkan pistol dan melepaskan tembakan.

Apa pun, trend politik pistol ni sangat tak sesuai. Lebih tak sesuai lagi kalau kem Anwar yang mulakan. Aku harap Anwar cepat-cepat nafikan aksi keluarkan pistol ni adalah sebahagian dari SOP bodyguard dia.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...