Nama Facebook tu garang jugak "1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib". Kira hebat jugak la page tu pasai setakat ni dah nak dekat 20k dia punya LIKE.
Cuma yang lawaknya, macamana boleh jadi keputusan poll tu macam imej kat bawah ni.
Dah lama dah aku dok pantau poll ni. Ada satu masa tu lagi teruk BN kalah. PR dah lebih 1000 vote tapi vote untuk BN tak sampai pun 300. Yang lebih aku mushkilnya yang LIKE dekat 20 ribu tapi pasai apa yang mengundi BN cuma seribu.
Apa pun, kira dah ada peningkatan la walaupun masih lagi kalah.
Kalau ada penyokong PR atau pembenci BN yang belum mengundi lagi dan nak bagi BN kalah lebih teruk lagi boleh mengundi di sini.
Semua yang ada id facebook layak mengundi dan kalau ada 10 id facebook boleh mengundi 10 kali, termasuk pengundi hantu dan jugak warga asing... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis