Skandal Lembu NCF : Apa deal Najib dengan Shahrizat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 13, 2012

Skandal Lembu NCF : Apa deal Najib dengan Shahrizat?

Kelmarin dulu, semua orang terkejut dengan pengumuman Shahrizat. Bukan terkejut pasai dia nak letak jawatan tapi terkejut pasai Shahrizat letak jawatan pada 8 April, tarikh dia hilang kelayakan sebagai menteri pasai tempoh senator dia tamat.

Semalam, suami Shahrizat pulak didakwa di mahkamah atas 4 tuduhan pecah amanah membabitkan nilai hampir RM50juta dana NFC.

Hari ni, Speaker Parlimen tolak usul berkaitan skandal NFC yang dibawa oleh wakil Pakatan Rakyat atas alasan kes sedang dibicarakan di mahkamah.
Kalau tengok kepada 3 peristiwa tu nampak macam nasib Shahrizat bercampur-campur. Peristiwa sedih pasai terpaksa letak jawatan dan kemudian pulak suami dia didakwa di mahkamah. Cumanya malu dia berkurang sikit bila usul untuk bincang pasai NFC ditolak oleh speaker.

Bagi YB Mahfuz, Naib Presiden PAS, sekarang ni adalah masa yang paling sesuai untuk Shahrizat dedahkan siapa lagi yang bermasalah dalam parti itu. Memang tak sepatutnya Shahrizat dimalukan sorang-sorang pasai bukan dia sorang yang bermasalah dalam umno.

Sebelum ni masa diasak bertubi-tubi suruh dia letak jawatan, Shahrizat ada terlepas cakap "beritahu saya, pemimpin Umno yang mana tiada masalah"

Harakahdaily melaporkan:

[Sumber: Hrkh]
Pun begitu, aku tak rasa Shahrizat akan buka rahsia tu, pasainya tentu rahsia tu Shahrizat buat 'senjata' untuk buat rundingan dengan Najib.

Kalau tengok perkembangan terkini ni, nampak sangat yang Shahrizat terlebih releks, terlebih 'redho' berbanding sebelum ni Shahrizat siap senteng lengan baju, sampai Shahrizat bagi amaran nak selak kain. Kalau takdak deal yang bagus takkan Shahrizat tiba-tiba boleh berubah sikap, jadi tenang macam sekarang ni.

Shahrizat pun sedar, riwayat politik dia takkan panjang dengan skandal NFC ni. Dia hampir pasti tak dicalonkan untuk PRu13 nanti. Kalau dicalonkan pun peluang untuk dia kalah amat-amat cerah. Mungkin dalam deal tu, Najib dah sediakan 'plan persaraan' untuk Shahrizat, pasai tu dia bersetuju untuk bersara.

Berkenaan suami dia yang dibicarakan di mahkamah, aku sangat-sangat yakin dia cuma perlu hadirkan diri di mahkamah dan tak perlu bimbang apa-apa.

Pasainya tak mustahil skrip pendakwaan tu dah ada. Mungkin skrip sama macam kes Kasitah Gadam yang dibebaskan mahkamah selepas 11 tahun dibicarakan. Ataupun macam kes Eric Chia dan Ling Leong Sik yang masih senyap sampai sekarang.

Apa pun, aku yakin memang ada deal antara Najib dengan Shahrizat. Walaupun nampak macam Shahrizat dikambing lembu hitamkan tapi kambing lembu hitam pun ada harga jugak, tambah-tabmah yang dibela dalam kondo yang siap ada kolam renang.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...