Pilihanraya dah tak lama dah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Julai 31, 2010

Pilihanraya dah tak lama dah?

Kalau ikut sejarahnya macam tu la kut. Taktau la pulak kalau ada yang percaya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dah cukup bebas la ni, maksud aku, dia bertindak semata-mata kerana nak tegakkan undang-undang.

Aku langsung tak percaya orang macam Ling Liong Sik tu tiba-tiba boleh didakwa di mahkamah, semata-mata pasai Peguam Negara nak tegakkan undang-undang.

Aku cukup yakin tindakan Peguam Negara tu masti atas "arahan orang atas". Lebih kurang sama macam bila Eric Chia dan Kasitah Gadam di dakwa di mahkamah sebelum PRU 2004 dulu.

Mungkin kut Najib teringin nak rasa dipanggil Mr Clean, mana tau PRU13 nanti boleh jadi ulangan PRU11 bila BN menang besar dan pembangkang kalah teruk, sampai Mahathir pun cemburu. "tak elok untuk demokrasi" kata Dr. Mahathir.

Malaysiakini melaporkan:
Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.


Nota kaki makan cekam:  UPU dah pernah mesyuarat ka sejak lepas PRU 2008 hari tu? Hah!! MTD pun belum mula bergerak lagi??? Takkan kut!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...