Shahrizat letak jawatan - Dia nak tipu sapa sebenarnya? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 11, 2012

Shahrizat letak jawatan - Dia nak tipu sapa sebenarnya?

Taktau la kalau ada orang yang bangang yang tertipu dengan mainan bahasa Shahrizat Jalil. Tah apa yang dia capai bila dia umumkan akan bersara dari jadi Menteri mulai 8 April depan.

Tak dak makna kalau dia pilih tarikh 8 April untuk dia letak jawatan pasai memang pun lepas pada tu dia dah tak layak untuk jadi menteri pasai dia bukannya wakil rakyat setelah kalah kepada Nurul Izzah di parlimen Lembah Pantai.

Selama ni pun dia berpeluang dilantik jadi menteri pasai dia cuma wakil yang Umno lantik sebagai senator dan tempoh dia sebagai senator akan tamat penggal pada tarikh 8 April tu.
Mungkin kut Shahrizat nak ujudkan suasana 'dramatik' pada tarikh dia letak jawatan tu. Malangnya Ketua Umno Bahagian Ceras yang dah beberapa kali 'usik' Shahrizat usik dia lagi.

Kali ni Syed Ali Syed Abas Alhabshee cuba rosakkan 'bolywood drama' Shahrizat.

Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini]
Kesian, Shahrizat, dah la dimalukan dengan skandal NFC, kemudian 'akan disingkirkan' dari jemaah menteri, hari ni dimalukan sekali lagi oleh Syed Ali AlHabshee.

Yang lebih memalukan lagi, langsung takdak dari kalangan pemimpin Wanita Umno yang bela dia... Hahaha...

Cumanya ada yang pernah tanya aku sebelum ni, mana lebih untung untuk Pakatan Rakyat, Shahrizat terus jadi menteri sampai PRU13 ataupun Shahrizat letak jawatan. Pada aku, sama ja dua-dua tu. Yang akan bagi kesan macamana kita mainkan isu 'Shahrizat Lembu' ni yang akan tentukan setakat mana kesannya isu tu pada PRU13 nanti.

Saja aku bubuh gambar yang aku cilok dari TMI ni. Cumanya jangan tengok lama-lama la kut, takut nanti ada yang .... ish, tak payah sebut la kut. Hahaha...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...