Pada aku, imam tu memang wajar dihukum pasai menghina mahkamah, cumanya hukuman yang dikenakan tu agak tak munasabah.
Memang wajar imam tu dihukum supaya kejadian tu tak berulang lain kali, cumanya tak patut sangat la sampai setahun, lagi pun kejadian tu kejadian kali pertama, lagi pun, bukannya kena hakim tu pun. Pak Imam tu bukannya penjenayah yang merbahaya sampai nak kena kurung sampai setahun.
Cuma yang menariknya, macam dilaporkan mStar, blogger penchachai yang suka fitnah dan lucah juga katanya bakal berdepan dengan tindakan pasai menghina mahkamah.
mStar melaporkan:
[Sumber: Mkini] |
Aku langsung tak yakin Papagomo akan didakwa di mahkamah, sekurang-kurangnya bukan dalam masa sebelum PRU13 ni. Kalau nak boleh tengok Papagomo didakwa pun, mungkin selepas Pakatan Rakyat berjaya tumbanglan Umno BN.
Pasainya bukan Papagomo takdak buat salah, malah dah berpuluh-puluh report polis yang dibuat tapi sampai sekarang takdak satu pun yang di bawa ke mahkamah.
Mungkin tepat macam yang AdukaTaruna tulis:
Semasa di mahkamah, ketika sidang take 5, gua lepak di luar. Gua pun sound JSJK Bukit Aman dengan nada gurau2.Apa pun, atas dasar kebebasan bersuara, aku sangat tak setuju kalau Papagomo didakwa atas kesalahan menghina mahkamah. Kalau apa yang dia tulis tu tak betul dia patut di dakwa atas kesalahan memfitnah.
"Lu memang tak adil la. Bila nak tangkap Papa Gomo nyer, bro?"
Dengan nada setengah sedih dan setengah marah dia bagi tau gua masyarakat hanya tahu marah polis. Tapi sebenarnya berapa banyak kertas siasatan yang dihantar polis ditolak Peguam Negara?
"Lu tanya Peguam Negara la Aduka.. diorang ni yang cover Papa Gomo. Bukan kitaorang." - AdukaTaruna.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis