Aku tak kenal sapa tuan punya blog Suara Pakatan Rakyat ni, tapi kalau tengok artikel-artikel yang ditulis dalam blog tu (kecuali artikel berita copy paste) aku sikit meragui blog ni. Aku dah check dengan kawan-kawan blogger PR tapi setakat ni takdak sapa pun kenai sapa di belakang blog ni.
Tambah-tambah kalau baca artikel-artikel berkenaan konflik di Kedah baru-baru ni. Aku mungkin pilih untuk percaya kalau ada yang bagitau aku, blog ni sebenarnya puak-puak penchachai yang buat untuk tujuan propaganda untuk bagi pening penyokong Pakatan Rakyat.
Contohnya artikel "Politik Samseng & Bomoh Cemari Krisis PAS Kedah" dan "Krisis Politik Kedah Selesai: Azizan Diarah Meletak Jawatan?" Aku malas nak ulas, hangpa baca sendiri dan hangpa nilai sendiri. Selain tu banyak lagi artikel yang jelas sangat unsur propaganda anti PR.
Tambah-tambah bila bubuh imej macam kat sebelah ni... 'Pemimpin paling suci?' Lagi la aku bertambah yakin.
Yang lebih aku terasa panas bila ada blog PR yang copy paste artikel pasai isu kerusi di Terengganu tu dalam blog depa. Rasa panas ja telinga. Pasai isu kerusi di Terengganu tu dah jadi popular, aku pun nak ulas sikit la.
Sebelum aku ulas lanjut, kut-kut ada yang 'terlepas keretapi', sebelum artikel PAS suruh PRK ukur baju di badan sendiri tu ada satu artikel dalam SinarHarian jugak yang bertajuk 'PKR Terengganu mahu tanding 11 kerusi DUN, 3 Parlimen.' Jadinya sesuai la kalau PAS jawab balik pasai isu kerusi tu dalam SinarHarian jugak.
Dan kalau baca artikel jawab balas dari PAS tu, aku tak nampak apa yang salahnya. Memang sesuai pun PAS Terengganu jawab macam tu.
Pasainya memang pun PKR tak kuat di Terengganu. Dah la tak kuat, apa pun tak buat. Berbanding dengan PAS yang buat gerakan 'PAS Ganti Umno' yang berjaya ujudkan gelombang yang cukup besar di Terengganu dengan kehadiran berpuluh ribu orang di setiap program.
Memang aku tak nafikan, di peringkat nasional PKR lebih ke depan mengujudkan isu tapi di peringkat negeri khususnya Terengganu, PAS yang menjuarai isu. Macam-macam isu di Terengganu yang PAS dedahkan termasuk yang terbaru macamana JKK rampas tanah sekolah agama rakyat.
Untuk rekod, masa PRU12 PKR kalah di semua kerusi yang calon PKR bertanding, 5 kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen, tiba-tiba nak minta tambah sampai jadi 11 kerusi Dun dan 3 kerusi Parlimen. Tak la salah depa nak minta, tu hak depa tapi tak payah la bising-bising bagitau kat wartawan. Lain la kalau hangpa hebat sangat kat kerusi Dun dan Perlimen yang hangpa minta tu.
Lagi satu suka aku salin tampal alasan pasai apa Azman Sapawi sebagai Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu terpaksa jawab balik dalam SinarHarian:
Jelasnya, walaupun tiada rungutan secara rasmi daripada peringkat bawah mengenai cadangan kerusi yang dihasratkan PKR itu, namun beliau tidak menafikan timbul cakap-cakap mengenai hasrat PKR itu.
“Kita ada dengar cakap-cakap di peringat akar umbi dan kita bimbang mereka akan terasa dengan perkara itu,” katanya. - SinarHarian.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis