Khalid Ibrahim bakal tewas di tangan Azmin dalam masa terdekat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Januari 26, 2014

Khalid Ibrahim bakal tewas di tangan Azmin dalam masa terdekat?

Sebagai Pengerusi PKNS pasai apa pulak dia boleh serahkan kepada SUK dan Pegawai Kewangan negeri pulak untuk buat keputusan isu Azmin dipecat dari Lembaga Pengarah PKNS.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan kedudukan Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Norita Mohd Sidek dalam perbadanan negeri itu diserahkan kepada setiausaha kerajaan negeri (SUK).

Menteri Besar Selangor itu berkata, selain kedudukan dua individu itu diputuskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi, keputusan itu turut bergantung kepada pengarah kewangan negeri Selangor. - TMI.
Nampak gayanya kemelut di Selangor tak nampak macam akan reda dalam masa terdekat ni malah keadaan nampak makin bercelaru.

Cumanya berita terbaru ni nampak macam Khalid Ibrahim dah nak tertewas, kenyataan dia kali ni nampak dia makin bercelaru dan tertekan teruk.

Sebagai Pengerusi PKNS pasai apa pulak dia boleh serahkan kepada SUK dan Pegawai Kewangan negeri pulak untuk buat keputusan isu Azmin dipecat dari Lembaga Pengarah PKNS.

Kut-kut ada yang dah terlupa, satu masa dulu masa mula-mula Khusrin Munawi nak dilantik sebagai SUK yang katanya dah dapat perkenan Sultan, Khalid Ibrahim bersungguh-sungguh tak setuju tapi terpaksa terima jugak dengan berat hati.

Sampai tahap Khalid Ibrahim kata "Satu bahagian, dia (Khusrin) boleh hadir dan satu bahagian lagi, dia tak boleh hadir."

Mungkin kut sekarang ni Khalid Ibrahim dah percaya dengan Khusrin sepenuh hati tapi kalau ercaya sepenuh hati pasai apa pulak nak serahkan kat Khusrin untuk buat keputusan, aku tak nampak langsung apa logiknya aksi Khalid kali ni.

Di pihak kem Azmin pulak nampak gayanya depa semakin meningkatkan serangan. TheMalaysianInsider juga melaporkan:
PKR Selangor pada Selasa mendesak pengurusan tertinggi PKNS mengembalikan Mohamed Azmin dan Norita kepada jawatan asal mereka agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dari PKR berkata, Norita berdepan dengan penganiayaan setelah ditukarkan ke pejabat SUK tanpa melalui siasatan lanjut.

Katanya, bekas Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar tidak wajar dipersalahkan atas keputusan untuk tidak meneruskan kedudukan Mohamed Azmin sebagai ahli lembaga pengarah kerana kuasa terletak di tangan menteri besar. - Ibid.
Aku dok nampak dah ada bunga-bunga yang Khalid Ibrahim kali ni akan tertewas di tangan Azmin dalam masa terdekat ni.

Apa pun aku harap sangat Khalid Ibrahim bertahan sungguh-sungguh di kerusi Menteri besaar tu selagi boleh. Tolong la jangan sampai kerusi tu dapat Azmin rampas, sekurang-kurangnya sampai ke PRU14 nanti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...