Cerita disebalik perlantikan Khusrin edisi Khalid Samad | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 07, 2011

Cerita disebalik perlantikan Khusrin edisi Khalid Samad

Rupa-rupanya ada cerita disebalik perlantikan Khusrin jadi SUK. Yang punya angkara adalah SUK sebelum ni, Ramli Mahmud.

Kata Khalid Samad: 
"Pada 3 Disember, nama-nama telah dikemukakan kepada Menteri Besar oleh Jawatan Kuasa yang telah ditubuhkan.  Pada hari itu juga,  apabila tiga nama ini telah dikenal pasti,  pihak Datuk Ramli  nampak tiada nama Datuk Khusrin, maka dia telah tulis surat kepada Istana tanpa memberitahu kepada Menteri Besar . (Ramli) memberi senarai nama yang lain, (dengan)  nama yang pertama ialah Datuk Khusrin," kata Khalid.

Datuk Ramli menghantar surat itu kepada Istana Selangor tanpa memaklumkannya kepada Tan Sri Khalid, tegas Khalid.

"Pada 10 Disember, Datuk Munir menjawab balik dengan memberitahu Datuk Ramli, Sultan perkenan melantik calon pertama iaitu Datuk Khusrin, "  kata Khalid sambil menunjukkan salinan surat yang yang dihantar oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani.

Khalid berkata Ramli tidak memaklumkan jawapan daripada Sultan Sharaffudin yang memperkenankan perlantikan Khusrin itu kepada  Menteri Besar mahupun EXCO kerajaan negeri.

"Pada 16 Disember pula, mesyuarat Exco dijalankan,  Datuk Ramli pun ada. MB memberitahu nama-nama yang akan diserahkan kepada Istana tetapi Datuk Ramli diam sedangkan dia telah tahu (pelantikan sudah dibuat) kerana telah menerima surat dari Datuk Munir pada 10 Disember," kata Khalid.

Khalid berkata sehari selepas mesyuarat EXCO itu, Menteri Besar menghantar nama calon yang disenarai pendekkan, namun usaha itu sia-sia kerana Sultan sudah  pun membuat keputusan atas senarai yang dikirim lebih awal oleh Datuk Ramli.

 "Pada 17 Disember, MB hantar 3 nama calon yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, tetapi sebenarnya Sultan telah membuat keputusan" dengan perkenankan pelantikan Khusrin," katanya. - TVS
Nak kata apa lagi?

Memang macam tu la kerja buat puak-puak ni. Depa ni naik dulu pun tentu punya pasai depa ni dah buktikan yang depa ni memang benar-benar taat kepada mazhab Umno. Tentu punya depa ni sangat-sangat wala' kepada pemimpin Umno. Kalau ada bau-bau bacang sikit pun dengan PAS tentu punya depa tak boleh pegang jawatan macam tu.

Pantang ada arahan dari pemimpin Umno, depa ni akan cuba sedaya upaya untuk patuh kepada perintah Umno. Tugas depa sebagai pegawai kerajaan, untuk pastikan seboleh mungkin tindakan depa tu 'mengikut peraturan' seperti yang termaktub dalam perlembagaan/peraturan kononnya.

Walaupun jelas sangat dari segi logik akai orang ramai tindakan tu memang sangat-sangat tak patut, tapi depa sanggup buat dan depa akan gunakan alasan 'seperti yang termaktub dalam perlembagaan/peraturan' untuk merasionalkan kerja buat depa.

Lagi satu, tolong tengok-tengok jugak Mohd Arif Abd Rahman dan Zauyah Loth Khan yang jadi Pegawai Kewangan negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. Kalau boleh lengkong depa berdua ni awai-awai sebelum depa buat apa-apa yang akan menyusahkan kerajaan negeri Selangor di masa akan datang.

Daun purut tiga serangkai, aku yakin ketiga-tiga ni memang tak boleh pakai.
Sumber gambar: kuis

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...