Aku yakin ramai yang tak setuju bila aku cadangkan dalam posting aku sebelum ni yang sampai Nurul Izzah failkan perceraian di mahkamah tu sebab ada penchachai bomohkan depa berdua.
mStar melaporkan:
Artikel asal Vanitha dalam penerbitan dalam talian yang bertajuk 'Berita Nurul Izzah Dan Dakwaan Perceraian Timbul Kekecohan', menekankan bagaimana orang ramai terkejut dengan berita melibatkan naib presiden PKR yang 'muda, cantik, pintar, berkarisma dan mempunyai ciri perdana menteri" yang memfailkan perceraian daripada suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.
Apabila berkongsi pendapat dan pemikirannya sendiri pada rangkaian media sosial, Vanitha berkata sentimen awam mungkin berbeza "jika Nurul mempunyai muka seperti 'bahagian belakang bas, bersikap 'bossy', ahli politik bermulut jahat yang sentiasa keluar dengan kenyataan bodoh." - mStar.
mStar juga melaporkan:
"Tetapi isu ini melampaui perdebatan privasi. Ia adalah mengenai seorang ahli politik muda yang perlu belajar untuk menangani masalah peribadi pada ketika beliau menjadi perhatian. Itulah yang perdana menteri dan presiden lakukan.Aku cuku setuju dengan pendapat Vanitha dan Michelle Tam ni.
"Dan ini adalah bagaimana isu ini perlu dilihat - ia satu peluang untuk Nurul mempersiapkan dirinya dalam situasi di mana beliau perlu bersikap tegas dan terus berdepan dengan publisiti negatif yang boleh menjejaskan populariti beliau. Itulah yang akan menjadikan seseorang itu negarawan yang baik," jelas Vanitha.
Beliau menambah, semua orang mahukan seorang pemimpin yang boleh bertahan daripada sebarang masalah dan membawa negara supaya terus mekar dan berkembang, bukan orang yang perlu bersifat manja dan dalam masa yang sama adalah tidak adil mahukan orang ramai tidak memperkatakan tentangnya. - Ibid.
Ada yang bagi contoh Najib juga pernah bercerai sebelum berkahwin dengan Rosmah yang juga pernah bercerai. Pada aku itu satu perbandingan yang sangat-sangat tak kena, mana layak nak bandingkan daunkari dengan kangkung.
Cuba bayangkan kalau ditakdirkan TG Hj Hadi Awang bercerai dengan isteri dia. Memang la Nurul Izzah pun tak patut dibandingkan dengan TG Hj Hadi tapi itu perbandingan nak bagi mudah nampak kesan persepsi yang akan timbul.
Aku harap sangat Nurul dan Shahrir berjaya menyelesaikan apa juga permasalahan 'peribadi' depa berdua.
Aku yakin ramai yang tak setuju bila aku cadangkan dalam posting aku sebelum ni yang masalah perkahwinan Nurul dan Shahrir tu jadi berantakan sampai Nurul failkan penceraian di mahkamah tu sebab ada penchachai bomohkan depa berdua.
Sebenarnya aku cuma mencadangkan satu alasan yang boleh depa bagi walaupun pada sebilangan orang alasan tu alasan mengarut.
Berbanding dengan alasan-alasan lain yang aku yakin kut mana pun boleh dispin sebagai kelemahan Nurul yang 'terlalu sibuk berpolitik sampai rumahtangga berantakan' sampai Nurul Izzah terpaksa failkan penceraian di mahkamah.
Aku yakin majoriti orang melayu masih terima alasan yang bersifat mistik terutama sekali dari kalangan 47% yang sokong Umno BN masa PRU13 lepas yang majoritinya adalah pengundi melayu luar bandar yang masih tebal dengan kepercayaan karut termasuk kepercayaan karut yang kata kalau Umno mampuih orang melayu pun akan turut sama mampuih.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis