Memang jelas sangat-sangat Penyelesaian 10 Perkara ni adalah bukti Najib jual agama untuk undi untuk pastikan Umno BN kekal memerintah negeri Sarawak selepas PRN2011.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Majlis Gereja Malaysia (MGM) mendakwa Putrajaya memungkiri janji dalam penyelesaian 10 perkara apabila menegaskan kerajaan negeri boleh membelakangi janji yang dimenterai tersebut.
Merujuk kepada kenyataan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam, MGM menegaskan undang-undang negeri tidak bole melanggar polisi yang dicapai dalam penyelesaian 10 perkara. - TMI.
TMI juga melaporkan:
"Kristian di Malaysia mula melihat Putrajaya tidak konsisten dalam mematuhi janji yang dibuat kepada penganut ini," kata Setiausaha Agung MGM, Dr Hermen Shastri kepada The Malaysian Insider hari ini.Kena ingat dalam kepala:
Sambil melahirkan kekecewaan dengan pendirian Najib dalam isu berbangkit, Hermen berkata beban tanggungjawab berada di atas bahu Putrajaya untuk menguatkuasakan dasar yang mereka sendiri persetujui. - Ibid.
Pilihan raya DUN Sarawak 2011 adalah pilihan raya yang ke-10 apabila Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 21 Mac 2011. Penamaan calon dibuat pada 6 April 2011 manakala hari pengundian diadakan pada 16 April 2011. - Wikipedia.Kat bawah ni surat dari Najib bertarikh 11 April 2011 untuk Bishop Ng Moon Hing, Pengerusi, Persekutuan Kristian Malaysia yang dalam surat tu tercatat "Penyelesaian Sepuluh Perkara untuk isu Al-Kitab Bahasa Malaysia / Indonesia dan lain-lain perkara"
Dalam posting aku yang bertajuk "Isu Alkitab - Taib Mahmud belasah Najib" aku ada kopipes kenyataan dari Mufti Selangor yang kata Najib 'menodai' dan 'menceroboh' undang-undang Islam.
Hari pengundian Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April 2011 dan Najib hantar surat tu pada 11 April 2011, 5 hari sebelum hari mengundi
Memang jelas sangat-sangat Penyelesaian 10 Perkara ni adalah bukti Najib jual agama untuk undi untuk pastikan Umno BN kekal memerintah negeri Sarawak selepas PRN2011.
Cumanya, suka aku nak bagitau kat Setiausaha Agung MGM, Dr Hermen Shastri Janji Dicapati Najib bukan satu dendangan kosong, ianya adalah satu realiti yang bukan saja orang Kristian kena tapi seluruh rakyat Malaysia kena.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis