Najib bertanding di Bagan Pinang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 11, 2009

Najib bertanding di Bagan Pinang?

Jangan silap paham, Najib ni bukannya Najib bini Rosmah tapi Najib lain. Najib ni anak Isa Samad, bekas MB Negeri Sembilan, bekas Naib Presiden Umno dan bekas pemimpin Umno yang pernah dituduh terlibat dengan rasuah masa pemilihan Umno.

Kalau la Najib ni yang dipilih, mungkin ramai penyokong PR rasa seronok pasai depa pikir mungkin calon PAS ada peluang nak menang, atas pendapat banyak isu boleh main berkenaan pak dia.

Tapi aku nak 'warning' awai-awai, jangan kita anggap isu Isa Samad besar sangat untuk pengundi Bagan Pinang. Aku sikit risau kalau serangan peribadi ke atas Isa Samad dibuat keterlaluan mungkin boleh jadi 'back fire' kepada PR.

Pasainya Isa Samad, walaupun memang banyak isu rasuah yang terpalit kat dia, tapi sampai hari ni dia masih jugak jadi Ketua Cawangan Umno Bagan Pinang. Pada aku sikit sebanyak mengambarkan yang dia masih diterima orang Umno di Bagan Pinang.

Lagi satu, ikut maklumat yag aku dapat, orang di Bagan Pinang 'masih sayang dengan Isa Samad.' Kalau ikut maklumat tu, dia ni dianggap sebagai orang yang 'dianiaya'. Apa 'hujjah' dia takdak pulak dia bagitau dan aku pun tak tanya lagi.

Harap-harap 'intelegent PAS' untuk PRK N31 Bagan Pinang ni ada buat kajian terperinci berkenaan faktor Isa Samad pada PRK kali ni. Lagi satu, yang pada aku tak kurang penting, perlu jugak dibuat kajian berkenaan undi POS yang cukup banyak tu. Kot-kot ada ruang yang Pakatan Rakyat buleh 'masuk' untuk curi sikit undi POS ni.

Kalau calon PAS langsung tak boleh dapat undi POS ni walaupun sikit, pada aku dari awai lagi depa dah boleh julang calon Umno, pasainya dah hampir gerenti calon Umno akan menang tak kira sapa pun depa letak sebagai calon.

Rujukan
  1. Najib bertanding di Bagan Pinang?




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...