Khusrin cuma diterima separuh, separuh lagi reject | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 09, 2011

Khusrin cuma diterima separuh, separuh lagi reject

Akhirnya, tercapai jugak hasrat Khusrin untuk diterima oleh MB Selangor. Akhirnya dia akan berpeluang untuk angkat sumpah di depan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Johor setelah sebelum ni dah angkat sumpah di depan Sultan Selangor.

Harakahdaily melaporkan:   
SHAH ALAM, 8 Feb: Setiuasaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi akan mengangkat sumpah minggu depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ekoran dari itu, beliau akan dibenarkan hadir pada mesyuarat di mana pegawai ex-officio diperlukan.

Khalid juga berkata sebaik mengangkat sumpah kerahsiaan itu, SUK Selangor itu akan dibenarkan menghadiri mesyuarat exco.

"Kita akan menstrukturkan mesyuarat exco kepada dua bahagian.

“Satu bahagian, dia (Khusrin) boleh hadir dan satu bahagian lagi, dia tak boleh hadir,” jelasnya. - Hrkh
Tapinya secikit pelik pasai dia cuma diterima sebahagian saja, lagi sebahagian nampaknya dia tak diterima. Pasai tu la kut, dia cuma boleh hadir sebahagian dari mesyuarat Ecxo Selangor dan tak boleh hadir sebahagian yang lain.

Walaupun aku tindakan Kerajaan Selangor ni mungkin akan mengundang kecaman dari Umno dan pencacai-pencacai Umno tapi aku sangat setuju dengan tindakan ni. Pasainya memang dah terbukti selama ni Khusrin ni memang bercinta kasih dengan Umno BN, Jadinya ada benda-benda yang dia tak boleh tau.

Walaupun mungkin semua keputusan mesyuarat Ecxo dia akan dapat tau jugak melalui saluran-saluran lain tapi yang pentingnya dia taktau macamana keadaan mesyuarat masa keputusan tu dibuat.

Memang biasa sangat, dalam sesuatu mesyuarat keadaan sepakterajang masa keputusan tu dibuat lebih penting dari keputusan tu sendiri.

Cumanya, kalau boleh aku nak mencadangkan jugak kepada mesyuarat Exco Selangor supaya difikirkan jugak keperluan untuk tak melibatkan 2 orang lagi pegawai ex-officio sama macam Khusrin tu, Pegawai Kewangan dan jugak Penasihat Undang-undang. Pasainya aku rasa yang lagi 2 orang tu pun tak tentu lagi boleh pakai. Mungkin sama jugak tahap tak boleh pakainya dengan Khusrin tu.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...