GEORGETOWN - Kerajaan Negeri mengumumkan tema alternatif bagi menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini dan tidak akan menggunakan tema yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, Kerajaan Negeri memutuskan menggunakan tema ‘Budaya Bersih Merdekakan Rakyat’ sebagai tema Hari Kemerdekaan yang bakal disambut hujung bulan ini.
“Kerajaan Negeri memutuskan untuk menggunakan tema ini dan tidak mengikut tema Kerajaan Persekutuan keluarkan sebelum ini. Tema yang kita buat ini lebih konsisten dengan matlamat dan hasrat Kerajaan Negeri menjalankan pentadbiran yang bersih. - Sinarharian.
Aku terlepas pandang rupanya, aku dok ingat PAS saja yang ada miscommunication antara kerajaan negeri pimpinan PAS dengan PAS Pusat, rupa-rupanya DAP pun serupa jugak.
Bukan saja setakat miscommunication tapi jentera penerangan pun lemah. Kalau jentera penerangan tak lemah macamana sampai pimpinan di peringkat pusat pun taktau apa yang pimpinan di peringkat negeri buat.
Mungkin ada yang fikir isu tema hari kemerdekaan ni isu kecik tapi isu ni sebenarnya dah jadi isu besar pasai melibatkan pertentangan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, tambah-tambah lagi bila melibatkan tema hari kebangsaan peringkat nasional yang memang jelas sangat tahap BANGANGnya.
Pada aku memang tak patut sangat berita pasai tema berasingan ni tak digembar-gemburkan sebelum ni masa tema tu diputuskan di peringkat negeri.
Yang lebih aku mushkilnya pasai apa dalam keadaan Kelantan dan kemudiannya Kedah boleh bersetuju untuk guna tema yang sama, tiba-tiba baru dengar berita dari Pualu Pinang yang bagitau nak guna tema sendiri. Tak ka nampak sangat bangangnya Pulau Pinang ni.
Persepsi aku, kalau tak bangang, tentu pasai orang-orang besar di Pulau Pinang jenis yang malas nak ambik tau berita terkini dan aku cukup yakin Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ni pun termasuk salah seorang dalam golongan tu.
Kalau Kelantan dan Kedah boleh ubah keputusan dan akan guna tema yang majlis setiausaha Pakatan Rakyat pilih, takkan Pulau Pinang tak teringin nak guna tema yang sama jugak kut.
Kalau Kelantan dan Kedah yang miskin pun sanggup 'membazir' sikit takkan Pulau Pinang yang kaya raya tu tak sanggup kut.
Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat dah pun pilih logo Hari Kebangsaan macam imej kat bawah ni.
Harakahdaily melaporkan
PETALING JAYA: Empat negeri Pakatan Rakyat menyatakan persetujuan menggunakan logo dan tema yang sama pada sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat telah dibuat dan akan mengguna pakai tema dan logo yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat Pusat.
"Keputusan telah kita buat hari ini mengenai tema dan logo bagi sambutan Hari Kemerdekaan nanti.
"Dalam pada itu empat negeri Pakatan iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah bersetuju menggunakan tema dan logo yang sama seperti mana yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat Pusat," jelasnya pada sidang media di Ibu Perjabat PKR selepas mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, hari ini. - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis