Hospital baru Parit Buntar: Alasan BANGANG kementerian kurangkan jumlah katil 75% (Video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 24, 2015

Hospital baru Parit Buntar: Alasan BANGANG kementerian kurangkan jumlah katil 75% (Video)

Macam ni la cara CELAKA kerajaan Malaysia jaga kesihatan rakyat. Bukan saja janji hospital baru terlewat lebih 7 tahun, bilangan katil pun dikurangkan, malah doktor pakar pun bukan tetap di hospital baru tu tapi cuma melawat dari hospital Taiping.

Hospital Baru Parit Buntar - YB Dr. Mujahid di Parlimen
Memang patut sangat pun Parit Buntar dapat hospital baru pasainya Hospital Daerah Kerian yang ada di Parit Buntar yang dok ada sekarang ni dah lama sangat dah dan nampak semakin uzur. Bangunan hospital tu dibina tahun 1925, lebih 30 tahun sebelum merdeka.

Isu pasai hospital baru ni dah lama dah pasai setiap kali ada pilihanraya umum, pemimpin Umno akan buat janji nak buat hospital baru di Parit Buntar. Diulang setiap kali pilihanraya Umum sebagai janji yang dicapati.

Aku tak pasti sejak bila depa mula buat janji tu tapi yang pastinya macam yang dilaporkan oleh Utusan, masa sebelum PRU tahun 2008, masa Najib turun berkempen di Parit Buntar, dia buat janji rakyat daerah kerian akan dalat hospital baru, bukan setakat hospital baru tapi Hospital Pakar dengan 300 katil untuk menggantikan hospital lama tu.
Setakat ni kat dalam blog aku ni saja aku dah tulis 7 posting aku buat mengenai hospital baru Parit Buntar ni sejak tahun 2012.

Kut-kut ada yang teringin nak baca, nak tau sejarah pasai isu hospital baru ni, kat bawah ni aku senaraikan balik posting aku pasai isu ni.:
Dah banyak kali isu ni dibawa ke sidang Parlimen dan jugak Dun Perak dan kali ni, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang sekarang ni mewakili Amanah sekali lagi bawa soalan lisan isu tu untuk menteri jawab di dalam parlimen.


Dalam jawapan soalan lisan tu, Timbalan Menteri bagi alasan BANGANG pasai apa jumlah katil yang Najib janjikan sebanyak 300 katil untuk hospital baru tu dikurangkan sebanyak 75% kepada cuma 75 katil.

Alasan kementerian kononnya pasai Bed Occupancy Rate rendah, cuma 35% hingga 45% saja, pasai tu jumlah katil untuk Hospital baru tu dikurangkan kepada cuma 75 katil saja.

Yang pertama, aku tak berapa nak yakin ketepatan angka yang Timbalan Menteri ni bagi pasainya setiap kali aku pi melawat kawan-kawan kat wad di hospital tu kalau ada yang kosong pun cuma dua tiga katil saja, kalau lebih setengah katil kosong takkan tak perasan.

Yang kedua dan lebih BANGANG lagi, Timbalan Menteri tu tolong bagi alasan pulak BOR tu rendah mungkin pasai ketiadaan doktor pakar. Jadinya mana boleh pakai alasan BOR tu untuk kurangkan jumlah katil untuk hospital baru yang katanya ada 6 bilik pakar berbanding cuma 1 bilik pakar di hospital lama.

Sebenarnya isu hospital baru di Parit Buntar ni bukan sangat jumlah katil tapi doktor pakar. Sekarang ni pesakit terpaksa dihantar ke Taiping jika ada kes kecemasan dan kes kronik, aku yakin dah ramai pesakit yang kronik yang meninggal dalam perjalanan ke hospital Taiping dan tak kurang juga tak kurang jugak yang meninggal kerana lewat dapat rawatan sebab kekangan masa perjalanan tu.

Yang lebih parah lagi, jumlah katil di Hospital Taiping pun sebenarnya tak cukup, sampai tahap aku sendiri pernah alami ada seorang waris pesakit ucap 'alhamdulillah' bila doktor bagitau ayah dia akan boleh masuk wad khas yang 'kosong' bila ayah aku meninggal dunia.

Macam ni la cara CELAKA kerajaan Malaysia jaga kesihatan rakyat. Bukan saja janji hospital pakar tu terlewat lebih 7 tahun, bilangan katil pulak dikurangkan, malah yang paling malang sekali, doktor pakar pun bukan tetap di hospital baru tu tapi cuma melawat dari hospital Taiping.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...