Kalau setakat 75 katil mana nak cukup. Dah la Hospital Taiping pun selalu sesak katil penuh, aku takut nanti ada pesakit hospital baru Parit Buntar ni yang terpaksa dirawat di atas lantai.
Dalam posting aku sebelum ni dengan tajuk "Bajet2015: Macam tak jadi ja nak buat Hospital Pakar di Parit Buntar yang Najib janji hari tu" memang kompom Hospital Pakar Parit Buntar takkan dibina tahun depan.
Kalau masuk Fasa ke 2 pun baru tahap tender kerja-kerja tanah & rawatan tanah memang kompom la takkan boleh siap dan beroperasi tahun 2015 macam yang dijanjikan. Silap-silap sampai PRU14 pun masih belum boleh beroperasi.
Posting kali ni aku masukkan sekali lagi imej tawatan tender tu.
Kredit Imej: YB Yunus (FB) |
Sumber: tenderdirect.com.my |
Yang pertama sebab apa guna nama 'Hospital Parit Buntar? Dah turun pangkat ka? Dah tak jadi nak buat HOSPITAL PAKAR PARIT BUNTAR macam yang Najib janji dulu ka?
Jangan la macam tu, kesian kat penduduk Parit Buntar dan Bagan Serai, yang terpaksa diangkut ke Hospital Taiping kalau sakit dengan 'kes-kes berat' termasuk patah tulang pasai Hospital Parit Buntar bukan hospital pakar.
Yang keduanya, pada tahun 2012 tu Najib janji nak bina hospital pakar dengan 300 katil lepas tu pada bulan Januari 2013 projek tu di'up-grade' tinggal 150 katil saja, kali ni nampaknya di'up-grade' lagi kut pasai cuma tinggal 75 katil saja disamping tiada lagi perkataan PAKAR.
Jangan la macam tu, kesian kat orang Parit Buntar dan Bagan Serai, kalau setakat 75 katil mana nak cukup. Dah la Hospital Taiping pun selalu sesak sampai katil penuh, kalau hospital baru yang nak dibuat ni pun cuma setakat 75 katil aku takut nanti ada pesakit hospital baru Parit Buntar ni yang terpaksa dirawat di atas lantai.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis