Hospial Rembau tu bukan setakat dibuat janji masa kempen PRU12 tahun 2008 tapi siap ada upacara letak batu asas yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin yang jadi calon parlimen Rembau bersama Menteri besar Negeri Sembilan.
Dalam pendedahan Chegu Bad macam yang dilapor dalam Harakahdaily, selepas 4 tahun perletakan batu asas baru didirikan papan tanda untuk projek pembinaan hospital baru tu dan dilaporkan tender untuk pembinaan hospital tu akan dikeluarkan bulan depan. Dalam web JKR pun dah keluar kenyataan pasai tender hospital baru Rembau tu.
Berbanding dengan hospital Pakar Parit Buntar, walaupun ada dijanjikan dalam pilihanraya sebelum-sebelum ni dan yang terbaru masa Najib rasmi Hari Peladang Penternak dan Nelayan baru ni, sebenarnya apa pun takdak lagi.
Bukan setakat belum ada perletakan batu asas, katanya dalam perancangan plan pembangunan Parit Buntar yang keluar baru ni pun takdak sebut pasai hospital baru tu.
Bila aku tanya pakcik google pasai janji hospital baru, rupa-rupanya bukan orang Parit Buntar saja yang kena tipu, banyak lagi janji hospital ditempat-tempat lain yang nasib lebih kurang sama macam orang Parit Buntar. Janji dah lama tapi janji cuma tinggal janji dan tentunya akan diulang lagi janji hospital tu dalam kempen PRU ke 13 nanti.
Antara yang aku jumpa janji nak buat hospital di Bandar Baharu dan Pendang di negeri Kedah. Janji ni bukan setakat orang ramai bising tapi Puteri Umno pun dah bising tapi yang mungkin buat Umno lebih tertekan bila Sultan Kedah pun kecewa macam yang dilaporkan Bernama.
Selain tu di Petra Jaya Sarawak pun dijanjikan sebuah hospital pakar dan sebuah poliklinik. Menteri kesihatan, Liow Tiong Lai kata dalam proses kenalpasti lokasi dan dijangka siap tahun 2014.
Di Dungun Terengganu pun ada janji nak buat hospital baru jugak dan katanya dah masuk dalam Rancangan Malaysia ke 9, pun masih tak nampak bayang lagi.
Selain tu di Nabawan Sabah lain pulak ceritanya. Walaupun pembinaan hospital baru dah lama bermula tapi katanya terbengkalai pulak dan Joseph Kurup memang serabut perut dengan isu hospital tu.
Macam tu jugak dengan hospital Shah Alam yang juga terbengkalai. Sepatutnya dijadualkan siap bulan Ogos 2010 tapi menteri kerjaraya kata mungkin akan siap Oktober 2013.
Selain dari tu, aku yakin banyak lagi janji hospital yang pemimpin Umno BN buat di seluruh negara yang sampai sekarang depa tak mampu tunaikan.
Nampak gayanya, impian orang Parit Buntar mungkin terpaksa kena tangguh lebih lama lagi, mungkin sampai PRU ke 14 pun belum tentu boleh tengok hospital pakar tu.
Tapi kalau Pakatan Rakyat dapat tumbangkan BN PRU13 nanti mungkin ceritanya berubah dan impian orang Parit Buntar tu mungkin tertunai lebih awal.
[Sumber imej: PutraPenyu]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis