Bajet2015: Pasai apa Najib tak sebut Hospital Pakar di Parit Buntar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 12, 2014

Bajet2015: Pasai apa Najib tak sebut Hospital Pakar di Parit Buntar?

Yang aku yakin pasti, Hospital Parit Buntar yang baru tu takkan mula didirikan tahun 2015 malah tak mustahil akan jadi modal Umno BN untuk sekali lagi pilihanraya Umum.

Masa pembentangan bajet 2015 dalam bab Perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan Najib kata:
Bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat, Kerajaan akan memperuntukkan 23.3 bilion ringgit untuk pelaksanaan inisiatif berikut:

Pertama: Membina dua buah hospital iaitu Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak. Membina 20 Klinik Kesihatan dan 4 Klinik Pergigian antaranya di Klinik Kesihatan di Kuala Lipis, Pahang, dan Klinik Pergigian di Kluang, Johor; - Bajet2015
Takdak sebut pulak pasai Hospital Pakar Parit Buntar macam yang Najib janji pada tahun 2012, mengulang janji yang pernah dibuat beberapa hari sebelum PRU2008 oleh  Tajol Rosli, MB Perak masa tu yang sebelum tu Pun dah lama janji nak buat hospital baru di Parit Buntar.

Najib buat janji tu pada majlis perasmian Hari Peladang Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan pada 14 Januari 2012 di Parit Buntar.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan kerajaan untuk membina sebuah hospital pakar mempunyai lebih 300 buah katil di daerah tersebut yang bakal dibina di tapak Hospital Parit Buntar di sini. - Ibid.
Kalau ikut janjinya:
Berdasarkan pelan pembangunan awal, dianggarkan tempoh projek pembinaan hospital baru itu bakal disiapkan dan beroperasi pada 2014 atau awal 2015. - Ibid.
Kalau betul macam yang puak-puak Umno kut belah sini kata Hospital tu akan mula didirikan tahun depan, tentu Najib sebut dalam pembentangan Bajet2015 tu. Memang bangang la Najib kalau saja tak mau umum projek hebat macam 'Hospital Pakar' tu.

Baru-baru ni ada keluar dalam akhbar tawaran tander untuk pembinaan Hospital Parit Buntar macam kat bawah ni.

Kredit Imej: YB Yunus (FB)
Juga keluar kat wen tenderdirect.com.my

Sumber: tenderdirect.com.my
Malangnya bukan tender untuk dirikan hospital tapi sekadar tender kerja-kerja tanah & rawatan tanah saja, tu pun dah masuk fasa 2. Entah fasa ke berapa baru nak boleh siap dan beroperasi Hospital Parit Buntar yang baru tu  aku pun tak pasti.

Yang aku yakin pasti, Hospital Parit Buntar yang baru tu takkan mula didirikan tahun 2015 malah tak mustahil akan jadi modal Umno BN untuk sekali lagi pilihanraya Umum. Kot mana pun memang kompom Najib mungkir janji lagi sekali.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...