Wan Omar akan buat-buat tak dengar, akan buat-buat pekak. Tapi kalau dah tak boleh nak buat-buat pekak dan terpaksa respon, tentu punya akan keluar alasan bangang kalau pun tak keluar lagi ayat mukla tak malu macam yang kat atas tu.
Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia bertemu dengan pihak yang mempunyai bukti berhubung penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum yang lalu.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar percaya pertemuan itu dapat menangkis prasangka terhadap suruhanjaya tersebut yang bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya.
"Baguslah kalau ada bukti kukuh dengan laporan polis dan sebagainya. Saya sedia berjumpa dengan mereka yang mempunyai bukti ini, mendengar masalah yang mungkin terjadi.
"Dengan cara ini (bersemuka) lebih elok, kita dapat elak prasangka buruk kerana SPR sememangya ikhlas untuk laksanakan tanggungjwab yang diamanahkan, katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini. - Mkini.
Aku dok ingat macam yang aku tulis sebelum ni, Wan Omar akan buat-buat pekak, buat-buat tak dengar. Tapi nampaknya dia tak boleh nak buat-buat pekak, terpaksa respon jugak pasai dia memang dalam keadaan terpaksa menjawab.
Tapi kalau dah jenis muka tak malu, selamba ja dia boleh jawab macam tu. Padahal sebelum ni dengan nada angkuh bukan takat mempersoalkan malah mempersendakan dakwaan blackout tu kata tu semua hanya lakonan.
Kalau dia ni jenis ada harga diri patutnya dia dah letak jawatan bila terkantoi macam tu. Tapi nak kata apa, budaya Malaysia yang Umno BN terapkan selama lebih 50 tahun bukan macam tu. Buat la salah tara mana pun, selamba ja terus pegang jawatan.
Kalau agak teruk sangat kesannya, cari sorang kakitangan kerajaan untuk dijadikan kambing hitam. Yang patutnya bertangungjawab boleh senang-senang cuci tangan.
Dalam perkembangan berkaitan, lagi bukti didedahkan berkenaan penipuan dan penyelewengan dalam PRU13.
Isu undi awal, Malaysiakini melaporkan:
Dalam kejadian di Melaka itu, ejen pusat mengundi PKR Abu Hussin Tamby mendakwa melihat antara tujuh hingga lapan orang individu yang memakai baju seragam SPR sedang mengira kertas undi di satu lokap polis.Memang jelas sangat ada kerja celaka yang berlaku dalam kedua-dua insiden tu dan tentunya kerja celaka untuk untuk pastikan calon BN menang.
Sedangkan, peraturan SPR menetapkan agar kertas undi awal tersebut dikira dan peti undi tersebut dimaterai di tempat pengundian awal lagi, katanya dalam laporan polis bertarikh 2 Mei.
Dalam kejadian di Gerik, Perak pula, ejen tempat mengundi parti tersebut Shairi Md Tajuddin dalam laporannya mendakwa karung undi awal dari satu pusat pengundian di Pengkalan Hulu tidak sampai ke tempat pengiraan undi dalam masa yang ditetapkan pada hari pengundian 5 Mei. - Mkini.
Lagi satu kes melibatkan undi awam macam dilaporkan Keadilandaily:
Fuziah Salleh berkata, beberapa hari sebelum hari mengundi, SPR mengeluarkan tatacara proses pengundian bagi mengatasi masalah kesesakan di saluran tempat mengundi, dan garis panduan itu turut diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya setiap parti tetapi tanpa sebarang taklimat.Gila apa punya tatacara macam ni. Takdak lain la tujuan tatacara ni melainkan untuk menipu, supaya Pengundi Hantu boleh beraksi dengan jayanya yang tentunya akan mengundi calon BN.
“Menerusi tatacara tersebut, kerani SPR dibolehkan untuk membuka buku daftar pemilih yang baru sekiranya terdapat lebih 20 orang beratur bagi setiap saluran, dan mereka boleh membuka sehingga tiga buku daftar pemilih,” kata Fuziah dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“SPR telah memberi ruang kepada satu keadaan yang membolehkan pengundian lebih dari sekali berlaku kerana buku tersebut tidak bertanda. Sekiranya pengundi datang lagi sekali selepas mengundi, buku itu boleh ditanda lagi untuk kali kedua,” jelasnya. - KD.
Bab ni aku rasa Wan Omar akan buat-buat tak dengar, akan buat-buat pekak. Tapi kalau dah tak boleh nak buat-buat pekak dan terpaksa respon, tentu punya akan keluar alasan bangang kalau pun tak keluar lagi ayat mukla tak malu macam yang kat atas tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis