Nasib Khairy Jamaluddin akan terus malang walaupun menang majoriti besar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 12, 2013

Nasib Khairy Jamaluddin akan terus malang walaupun menang majoriti besar

Sebagai ahli politik muda yang nampak macam nak bawa politik cara baru, memang sepatutnya tokoh macam Khairy tu perlu dibagi peluang tapi nak buat macamana politik cara baru bukan pilihan Najib.

TheMalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Mei — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja peranan yang boleh membantu perdana menteri.

“Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan yang boleh bantu beliau (perdana menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya,” katanya (gambar) ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baru yang bakal dibentuk. - TMI
Kesian Ketua Pemuda Umno yang juga ketua Pemuda BN ni. Walaupun pegang jawatan yang katanya setaraf dengan jawatan naib Presiden tapi dipinggirkan oleh Najib.

Walaupun dia menang besar PRU13 kali ni dengan majoriti 18,357 undi, lebih dari yang dia dapat masa PRU12 dulu, aku tak rasa Najib akan nampak dia. Bahkan dia sebenarnya patut bersyukur sebab Najib masih bagi peluang juga untuk dia jadi calon masa PRU13 dulu.

Bagi Khairy, aku rasa dia pun sedar yang karier politik dia takkan dapat bertahan kalau Najib tak lantik jugak dia jadi menteri kali ni.

Aku yakin Khairy sangat rasa tercabar bila Najib pilih Muhkriz, musuh politik dia dalam Umno jadi menteri besar Kedah.

Tentu punya kalau dalam pemilihan akan datang Mukhriz cabar dia lawan ketua Pemuda Umno nasib takkan lagi menyebelahi dia. Dia dah takdak PakMertua nak tolong dia. Dan dia pun dah takdak 'kuasa ekonomi' untuk cantas Mukhriz malah aku tak heran kalau kali ni Mukhriz pulak yang akan gunakan kuasa ekonomi untuk jatuhkan Khairy sampai terduduk tak bangun-bangun.

Apa pun, sebagai ahli politik muda yang nampak macam nak bawa politik cara baru, memang sepatutnya tokoh macam Khairy tu perlu dibagi peluang tapi nak buat macamana, politik cara baru bukan pilihan Najib yang terbukti masa PRU13 masih beriman dengan politik gaya lama yang pentingkan perkauman sambil disolek oleh politik lucah dan ganas dengan aksi menipu yang tak mampu ditinggalkan.

p/s. Ikuti liputan LIVE Himpunan Blackout 505 di Ipoh

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...