Blackout bukti aksi macam 'si anjing Umno' yang cukup bangang oleh SPR | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 26, 2013

Blackout bukti aksi macam 'si anjing Umno' yang cukup bangang oleh SPR

Takkan beraninya SPR nak berdepan cara terbuka macam tu, tambah-tambah lepas PRU13 ni. Takat bagi jawapan bangang boleh la.

mStar pada 24 Mei melaporkan:
Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut. - mStar.   
Aku pun hampir terpedaya dengan aksi bangang Timbalan Pengerusi SPR ni. Pasainya sebelum ni walaupun perkataan blackout tu cukup-cukup popular tapi aku sendiri tak jumpa laporan atau contoh yang boleh dijadikan bukti.

Yang ada pun cuma sekadar cakap-cakap kosong kedai kopi yang memang tak layak kalau nak dibawak ke mahkamah sebagai bahan bukti.

Semalam Harakahdaily melaporkan:
Menurut Noor Hanim (gambar), gambar itu adalah asli yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3.

"Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku," kata Noor Hanim dalam kenyataannya. - Hrkh.
Apa Timbalan Pengerusi SPR nak kata bila YB Noor Hanim yang menang kerusi Dun Seri Serdang sendiri bagitau kejadian blackout tu jadi kat tempat dia bertanding siap dengan bukti gambar.

Macam biasa la kut, Timbalan Pengerusi SPR ni akan buat-buat pekak badak, buat-buat tak dengar jadi dia tak perlu ulas dan respond.

Bab nak buat ka dak laporan polis tu tak berbangkit pasainya, tugas ejen calon atau PACABA yang ada dalam bilik mengundi tu adalah untuk pastikan takdak penipuan berlaku. Kalau dia pulak kalut nak berlari pi balai polis buat report sapa pulak nak pastikan tak berlaku penipuan masa kira undi tu?

Lagi satu, kalau pun takdak laporan dari Ketua Tempat mengundi pasai kejadian blackout tu, itu tak bermakna kejadian tu tak berlaku, pasainya setakat yang aku baca takdak disebut dalam SOP Ketua Pusat Mengundi untuk buat laporan kalau berlaku blackout.

Ataupun, mungkin lebih tepat kalau aku kata, takkan seseorang Ketua Tempat Mengundi sibuk nak buat laporan polis pasai blackout kalau blackout tu memang dia sendiri terlibat merancangnya.

Aku tak tuduh ketua Tempat Mengundi di Saluran 3 Sek Keb Serdang tu memang rancang bagi blackout tapi kemungkinannya tetap ada dan menjadi tanggungjawab SPR untuk menyiasat dengan telus tu pun kalau betul-betul SPR telus.

Pasai benda macam ni kut yang SPR tak berani nak 'berdebat' dengan pembangkang. Takkan berani SPR nak berdepan cara terbuka macam tu tambah-tambah lepas PRU13 ni. Pasainya depa takkan boleh jawab persoalan yang akan ditimbulkan. Takat bagi jawapan bangang boleh la...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...