Pemilihan Umno kali ni akan jadi macam sarkis? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 31, 2013

Pemilihan Umno kali ni akan jadi macam sarkis?

Apa pun tahniah sekali lagi untuk Umno pasai berani untuk jadi lebih demokratik walaupun mungkin jadi sarkis, tak macam PAS yang selalu sangat gunakan kaedah syura' yang bermaksud cuma beberapa orang ja yang kat atas yang 'merampas' kuasa ahli untuk memilih dan dipilih.

BHarian melaporkan:
Pemilihan jawatan tertinggi parti UMNO dari Presiden hingga Majlis Tertinggi (MT) akan dilakukan dalam tempoh beberapa jam secara serentak di 191 bahagian sekuruh negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, kaedah pemilihan akan ditentukan sama ada menggunakan kaedah angkat tangan, kertas undi, dakwat kekal dan seunpamanya akan ditentukan kemudian. - Bharian.  
Mula-mula sekali aku nak ucap tahniah kepada Umno pasai berani buat percubaan seberani ni. Pasainya kebarangkalian untuk pemilihan kali ni betul-betul jadi macam sarkis memang cukup besar.

Tentu punya benda yang baru macam ni akan ada banyak masalah, tambah pulak untuk Umno yang memang semua orang tau memang bermasalah terutama sekali dalam bab pemilihan pimpinan.

Ramai yang sanggup buat apa saja untuk menang pasainya jawatan dalam Umno maknanya kabel yang cukup kuat untuk jadi kaya raya melalui jalan rasuah dan juga salahguna kuasa.

Tentu punya ramai yang akan manipulasikan kelemahan cara pemilihan terbaru ni untuk pastikan depa menang jawatan yang depa idamkan yang tentu punya yang kalah takkan puas hati dan terima kekalahan tu.

Lagi satu, yang buatkan aku berani kata pemilihan Umno kali ni bakal jadi macam sarkas bila baca laporan Malaysiakini:
Menurut penganalisis politik Dr Ibrahim Ghafar, ramai yang memerhatikan sama ada dengan penghapusan kuota itu, jawatan tertinggi akan turut direbut oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak.

"Jika itu terjadi tidakkah pemilihan Umno akan menjadi pentas bagi berhibur dan sesuka hati menawarkan diri atau mencuba nasib kalau-kalau terpilih atau ada yang ditaja oleh pihak luar yang mahu rakyat melihat Umno sebagai sebuah parti sarkas?," tanya beliau. - Mkini.
Kalau sebelum ni ada syarat tertentu untuk melayakkan seseorang mencalonkan diri contohnya untuk bertanding jawatan Presiden kena ada pencalonan dari 57 bahagian dan jawatan Timbalan Presiden kena ada pencalonan dari 38 bahagian.

Pindaan terbaru perlembagaan Umno mensyaratkan sapa-sapa pun boleh jadi calon termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden Umno kalau pernah jadi AJK Umno Bahagian.

Tak mustahil kalau kali ni untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno yang bertanding 100 atau 1000 orang. Memang jadi sarkis la kalau macam tu.

Tambah-tambah pulak kalau betul Umno nak gunakan dakwat kekal yang kemudiannya terbukti dakwat tu tak kekal, memang kompom jadi huruhara, macam singa sarkas terlepas kandang...

Apa pun tahniah sekali lagi untuk Umno pasai berani untuk jadi lebih demokratik, tak macam PAS yang selalu sangat gunakan kaedah syura' yang bermaksud cuma beberapa orang ja yang kat atas yang 'merampas' kuasa ahli untuk memilih dan dipilih.

Dalam Perlembagan PAS Fasal 16(1)(a) menyatakan:
Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti. - Perlembagaan PAS.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...