Exco Selangor 2013: Siapa naik, siapa kekal dan sapa gugur? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 30, 2013

Exco Selangor 2013: Siapa naik, siapa kekal dan sapa gugur?

Pemimpin PAS ni bukan boleh kira sangat pasainya memang ada jenis yang memang tak suka pegang jawatan. Jenis ni seboleh mungkin memang takmau jawatan. Jenis takkan mau pegang jawatan kecuali dipaksa.

Harakahdaily melaporkan:
Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Selain beliau yang juga dikekalkan sebagai Exco penggal ini, wakil daripada PAS terdiri daripada Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (Sijangkang).

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Cheng Khim pula mewakili DAP bersama Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah). - Hrkh.  
Itu yang dilaporkan Harakahdaily berdasarkan apa yang Dr. Halimah tulis dalam blog dia. Katanya majlis akad sumpah akan dijalankan pagi ni jam 9.00. Selain tu Adun Subang Jaya, Hannah Yeo Tseow Suan dijangka akan dilantik sebagai Speaker.

Kalau dibanding dengan Exco 2008 maknanya:
  1. Iskandar Samad (PAS) - kekal
  2. Dr Halimah Ali (PAS) - kekal
  3. Dr Ahmad Yunus (PAS) - kekal
  4. Sallehen Mukhyi (PAS) - baru
  5. Rodziah Ismail (PKR) - kekal
  6. Elizabeth Wong (PKR) - kekal
  7. Dr Daroyah Alwi (PKR) - baru
  8. Ean Yong Hian Wah (DAP) - kekal
  9. Teng Cheng Khim (DAP) - baru
  10. Ganabathirau Veraman (DAP) - baru
Yang tak disambung pulak:
  1. Yaakob Sapari (PKR)
  2. Dr. Xavier Jayakumar (PKR)
  3. Teresa Kok (DAP)
  4. Ronnie Liu (DAP)
Kira ok la kut line-up kali ni.

Ronnie Liu tak disambung pasai dia bukan Adun Selangor. Bukan kalah tapi tak bertanding langsung. Teresa Kok pun tak bertanding kerusi Dun tapi masih kekal sebagai ahli parlimen Seputih.

Untuk PKR pulak Yaakob Sapari antara orang kuat di belakang Azmin digugurkan. Juga digugurkan Dr. Xavier yang jugak termasuk dalam list cadangan Azmin selain dari Shuhaimi Shafie, Haniza Talha dan Lee Chin Cheh yang juga nama tak lekat.

Senang ceritanya orang Azmin sorang pun takdak duduk dalan Exco pimpinan musuh ketat dia Khalid Ibrahim.

Cuma yang aku mushkilnya pasai apa nama Dr. Rani Osman Pesuruhjaya PAS Selangor takdak dalam senarai. Takkan dia tak berminat nak jadi Exco kut?

Tapi pemimpin PAS ni bukan boleh kira sangat pasainya memang ada jenis yang memang tak suka pegang jawatan. Pada depa jawatan tu bukannya peluang tapi tanggungjawab. Jenis ni seboleh mungkin memang takmau jawatan. Aku rasa Dr. Rani kemungkinan besar masuk jenis golongan ni. Jenis takkan mau jawatan kecuali dipaksa.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...