Persepsi vs realiti isu kerusi Dun Sungai Acheh (video inside) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 22, 2013

Persepsi vs realiti isu kerusi Dun Sungai Acheh (video inside)

Kalau disuruh pilih antara CheguBard dengan Ust Yusni Md Piah sebagai calon, tentu aku pilih CheguBard. Pasainya dari segi 'winnable candidate' CheguBard memang jauh meninggalkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang tu yang tiba-tiba ja diumumkan sebagai 'calon payung terjun'.

yusni vs bard dun sungai acheh
TheMalaysianInsider melaporkan:
NIBONG TEBAL, 20 April — Pertembungan calon-calon sesama parti pembangkang untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) di Sungai Acheh pada pilihan raya umum ke-13 memberi isyarat bahawa tiada kata sepakat sesama mereka.

Timbalan Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata pertembungan tiga penjuru itu bercanggah dengan polisi satu calon satu kerusi yang ditetapkan pakatan pembangkang.

Pertembungan tiga penjuru itu melibatkan calon BN iaitu Datuk Mahmud Zakaria dan dua calon pakatan pembangkang iaitu Mohd Yusni Mat Piah dari PAS serta Badrul Hisham Shaharin daripada PKR. - TMI.      
Itu laporan awal hasil media hasil dari proses penamaan calon untuk kerusi Dun Sungai Acheh.

Awal subuh kelmari aku update blog ni dengan satu post bertajuk "Kalau betul "PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA" aku cabar Che'guBard tarik diri". Ramai jugak yang hentam aku dalam ruangan komen.

Sedap jugak sekali sekala baca komen menghentam macam tu. Lebih sedap lagi bila baca komen yang kebanyakannya aku rasa bukan dari pembaca 'regular' blog aku.

Untuk yang baru masuk sini atau sekali sekala masuk baca blog aku ni dan belum baca, elok hangpa baca dulu apa yang pernah aku tulis sebelum ni dalam isu kerusi Dun Sungai Acheh kerusi parlimen Nibung Tebal ni.
Aku bukan nak mempertahankan diri cuma nak bagi yang mungkin silap faham kut-kut boleh faham.

Bagi yang sokong CheguBard bertanding atas alasan dia seorang tokoh muda yang perlu diketengahkan, pada aku depa patut belasah Anwar, Azmin dan Mansor yang cantas CheguBard dari bertanding di kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Selepas CheguBard berjaya 'cuci taik' yang Tan Tee Beng tinggal selepas bertukar jadi katak, dan berjaya pulak 'tebas segala semak samun' dan dah siap pun 'dirikan pondok' atas arahan Anwar dan Mansor sendiri tiba-tiba nama Mansor pula diumum sebagai calon parlimen Nibong Tebal.

Kalaupun PKR terpaksa rampas kerusi parlimen Nibong Tebal dari CheguBard demi untuk menyelamatkan career politik Mansor yang dah tak diterima di peringkat negeri terutama dikalangan pimpinan DAP, patutnya CheguBard perlu dibagi bertanding di kerusi lain di peringkat parlimen jugak. Paling kurang pun kekalkan dia bertanding di parlimen Rembau, tempat dia bertanding masa PRU12 dulu.

Lagi pun, aktivis peringkat nasional macam CheguBard memang sepatutnya bertanding kerusi parlimen bukannya kerusi Dun. Tambah-tambah dengan pengaruh dia melalui SAMM yang anggota dia ada dan aktif diseluruh negara, sangat tak sesuai dia 'dikurung' diperungkat negeri, negeri Pulau Pinang pulak tu.

Cabaran aku supaya CheguBard tarik diri tu adalah 'usaha terakhir' untuk pastikan tak berlaku pertandingan 3 penjuru. Pasainya CheguBard sendiri sebelum ni dah punn war-warkan yang dia lebih suka tak bertanding setelah dicantas untuk kerusi parlimen Nibong Tebal.

Lagipun, dari segi pembahagian kerusi di peringkat parlimen, memang patut sangat PAS dibagi satu dari 4 kerusi untuk PAS letakkan calon.

Dipihak PAS pulak, aku sangat yakin PAS Kawasan Nibong Tebal takkan tarik diri. Pasainya depa memang dah cukup lama berjuang untuk dapat kerusi tu. Takkan depa nak tarik diri bila depa dah berjaya dapat watikan dari Presiden PAS sendiri. Ibaratnya macam dah dibagi pegang tali, takkan depa takmau wau bulan depa terbang.

Macam yang aku tulis dalam posting aku tu, kalau disuruh pilih antara CheguBard dengan Ust Yusni Md Piah, tentu aku pilih CheguBard. Pasainya dari segi 'winnable candidate' CheguBard memang jauh meninggalkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang tu yang tiba-tiba ja diumumkan sebagai 'calon payung terjun'.

Apa pun, Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat tempoh penamaan calon hari ini.

Antara kerusi yang berlaku pertembungantersebut adalah Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Panti.

"Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini," katanya. - Hrkh.
Cuma yang aku mushkilnya, pasai apa video macam kat bawah ni keluar awai sangat. Paling tidak pun tunggu la dulu lepas selesai mesyurat Jawatankuasa Harian PAS Pusat tu. Biar statement berkenaan pertindihan kerusi ni selari dengan keputusan mesyuarat khas tu.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...