Dalam hal lain mungkin depa bijak, sama bijak macam PAS dan DAP tapi dalam bab nak halang calon dari melompat, bertukar dari berudi jadi katak, PKR kompom BANGANG.
TheMalaysianInsider melaporkan:
JOHOR BARU, 19 April — Dalam apa yang dilihat sebagai serangan terlebih dahulu, PKR mewajibkan calonnya pada pilihan raya umum ke-13 untuk membayar ganti rugi RM5 juta kepada parti itu jika mereka belot selepas menerima watikah calon untuk bertanding sama ada bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)atau Parlimen.
Parti itu turut menghendaki calon menandatangani ikrar dengan berjanji untuk tidak belot daripada parti sebaik sahaja mereka menerima watikah calon atau selepas dipilih menjadi wakil rakyat.
“Selepas menerima watikah calon, jika ada calon menarik diri sebelum hari penamaan calon atau melompat parti, mereka perlu membayar ganti rugi RM5 juta kepada parti,” kata Timbalan Setiausaha Agung PKR Steven Choong. - TMI.
Aku ingatkan bila diwar-warkan ramai dari kalangan golongan profesional masuk PKR terutama sekali sejak akhir-akhir ni, parti PKR akan jadi semakin bijak. Taktau la pulak kalau ni semua kerja BANGANG Azmin sorang ja.
Rupa-rupanya jadi semakin BANGANG. Dalam hal lain mungkin depa bijak, sama bijak macam PAS dan DAP tapi dalam bab nak halang calon dari melompat bertukat dari berudi jadi katak, PKR memang kompom BANGANG.
Dengan buat syarat macam tu maknanya PKR bagi lesen untuk calon depa lompat, maksud aku sapa nak lompat kena bayar fee untuk lesen lompat.
Kalau depa boleh bayar RM5juta maknanya PKR dah tak boleh kata apa dah. Nak salahkan depa pun dah tak releven pasai depa dah langsaikan syarat yang dikenakan.
Awat pemimpin PKR ingat RM5juta tu banyak sangat kut. Memang la kalau nak harap calon PKR yang nak lompat tu bayar guna duit sendiri hampir semua takkan mampu tapi bangang sangat la kalau depa bayar duit sendiri.
Sebelum ni pun dah ada khabar angin yang Umno BN dah sediakan satu rate samarata RM5juta untuk bakal ahli parlimen Pakatan Rakyat kalau nak melompat. Apa sangat kalau takat depa nak naikkan sikit lagi, kalau RM10juta pun depa sanggup bayar.
Lagi pun tentu punya depa yang bakal lompat tu akan dapat 'penaja'. Kalau pun mungkin bukan secara langsung ditaja oleh Umno BN tapi tentu punya akan ada cukong celaka yang sanggup sponsor.
Apa sangat nilai RM5juta untuk para cukong kalau pulangan yang bakal depa dapat nanti berpuluh kali ganda. Macam yang aku tulis sebelum ni kalau tak cukup cukong tempatan sponsor dari cukong dari Israel pun Umno BN takdak masalah kut nak terima.
Aku tak berapa pasti pasai undang-undang tapi aku rasa masa ada lagi untuk perbetul benda tu. Buat la 'akujanji' yang depa takkan sanggup langgar. Kalau depa tak setuju dengan syarat baru tu ada masa lagi kut untuk suruh depa tarik diri.
Kalau pun dari segi undang-undang pilihanraya PKR dah tak boleh buat apa-apa tapi dari segi persepsi yang boleh mempengaruhi undi masih banyak yang boleh PKR buat sebelum hari pengundi pada 5 Mei nanti.
PKR sepatutnya anbil 'baiah' yang PAS kenakan kepada semua bakal calonnya, walaupun memang ada sikit isu tapi kesannya sangat jelas, takdak sorang pun calon atau wakil rakyat PAS yang melompat parti kecuali Ibrahim Ali, itu pun dia bukan ahli PAS dan ada kemingkinan jugak dia tak buat 'baiah' macam calon dari kalangan ahli PAS.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis