Masalahnya, boleh ka tara Mansor yang tiba-tiba ja hilang title Dr. tu nak lawan humblenya Tok Non? Apa sangat yang dia boleh bantu di Putrajaya kalau di Komtar pun tak nampak apa kerja dia?
MalaysianInsider melaporkan:
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menamakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mansor Othman sebagai calon PKR bagi kerusi parlimen Nibong Tebal.
Kerusi itu dimenangi oleh Tan Tee Beng dalam pilihan raya umum 2008 tetapi keluar PKR setahun kemudiannya untuk menjadi wakil rakyat bebas. - TMI.
Aku cukup simpati dengan CheguBad, bersusah payah dia cuci taik yang TanTee Beng tinggal di parlimen Nibong Tebal. Bila dah bersih tiba-tiba nama bakal bekas TKM Penang pulak diumumkan olehh Anwar Ibrahim sebagai calon Parlimen Nibong Tebal.
Tapi aku paling kesian kepada anak muda di parlimen Nibong Tebal dan kawasan sekitarnya yang cukup seronok dengan kehadiran yang kerap CheguBard di Nibong Tebal. Mau tak seronok sorang tokoh anak muda yang cukup mesra dengan anak muda akan jadi wakil rakyat depa tiba-tiba orang lain yang diumum jadi calon.
Nasib baik aku bukan salah sorang pemuja CheguBad, cuma setakat minat sikit-sikit ja. Aku yakin ada dikalangan anak muda pemuja CheguBad yang akan berkecil hati malah tak mustahil ada yang akan meluat pasai rasa dipermain-mainkan oleh PKR. Dah la sebelum ni kena main dengan Tan Tee Beng, kali ni pun kena main lagi.
Ada sorang member pagi tadi bersembang dengan aku dan dia keluarkan ayat yang pada aku mewakili kemarahan anak muda yang tak bersetuju Mansor cantas CheguBad di Nibong Tebal
"Dia ingat takat boleh cakap cina boleh jamin kemenangan ka? Boleh ka dia buat macam CheguBad buat sebelum ni di Nibong Tebal, Kalau takat memanjang sibuk di Komtar baik tak payah."MalaysianInsider juga melaporkan:
"Oleh kerana kita akan berdepan dengan ketua Umno negeri, maka kita akan hantar ketua PKR negeri, Datuk Mansor, untuk bertanding di sini," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin. - Ibid.Masalahnya, boleh ka tara Mansor yang tiba-tiba ja hilang title Dr. tu nak lawan humblenya Tok Non?
Juga dilaporkan:
"Kita mahu Datuk Mansor membantu kita apabila kita menang Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang." - Ibid.Apa sangat yang dia boleh bantu di Putrajaya kalau di Komtar pun tak nampak apa kerja dia?
Akhir sekali, juga dilaporkan:
Mansor baru-baru ini terbabit dalam kontroversi apabila rakaman audio sat mesyuarat tertutup dibocorkan dalam sebuah blog dan kemudiannya disiarkan di TV3.Bukan takat tu, dia jugak dibocorkan berkata:
Audio mesyuarat pada bulan Mac di kalangan beberapa pemimpin PKR tempatan mendedahkan Mansor menggambarkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan "tokong". - Ibid.
Kita menang putra jaya..ada thousands of jobs.. i tak payah la…i nak jadi duta china ok la..hahahaha
Duta saje berapa ratus..nak isi untuk siapa kalau bukan org mcam kita..agencies in govt..beratus…
U want to put BN guys ka..penang port..risda, felda..felcra
Thousands of them..and gaji more than YB..so why nak jadi setakat YB.. [Sumber]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis