Mansor Othman cantas Chegubard di Parlimen Nibung Tebal | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 27, 2012

Mansor Othman cantas Chegubard di Parlimen Nibung Tebal

Jauh la kalau nak dibanding dengan Mansor yang walaupun berjawatan Timbalan Ketua Menteri II atas kapasiti melayu tapi aura dia dikalangan orang melayu pun tak kuat mana dan dikalangan orang cina DAP terutamanya nama dia memang dah cukup busuk bila rakaman audio dia kata Guan Eng bongkak didedahkan.

Malaysian Insider melaporkan:
Zainal dijangka akan berhadapan dengan Timbalan Ketua Menteri II Datuk Mansor Othman, pengerusi PKR negeri, yang merupakan ahli DUN Penanti dan beliau dilihat untuk ke posisi yang lebih besar, untuk posisi Kabinet sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.

Seorang ahli PKR berkata penduduk Nibong Tebal masih lagi marah dengan Tee Beng meninggalkan parti dan menjadi ahli bebas yang mesra BN. “Hakikatnya, pengundi merasakan ini adalah kerja jahat BN dan kemarahan mereka bakal memberikan undi yang lebih kepada PKR,” katanya lagi. - TMI.  
Macamana pulak tiba-tiba boleh timbul nama Mansor di parlimen Nibong Tebal pulak ni. Kalau nama Nurul Nuha memang pernah timbul sebelum ni tapi ramai sangat yang tak setuju pasai boleh bagi persepsi negatif atas isu 'PKR parti anak beranak'.

Nama Nurul Nuha tenggelam terus bila nama Chegubard timbul dan kalau tengok ke aktiviti PKR dan PR di Nibong Tebal semenjak dua menjak ni, memang nampak jelas CheguBard dah mula 'turun kawasan' dan dia pun dah mula mengaku berasal dari Nibong Tebal.

Dan berdasarkan apa yang aku sempat sembang sekejap dengan dia masa dia turun ceramah di Dataran Purnama Parit Buntar baru ni, memang nampak dia bersungguh-sungguh sedang cuba menjiwai parlimen Nibong Tebal.

Walaupun aku tak duduk di Nibong Tebal tapi Parit Buntar terletak bersempadan dengan Nibong Tebal. Ramai jugak kawan-kawan aku di Nibong Tebal tapi tak pernah pulak keluar dari mulut depa nama Mansor nak jadi calon di Nibong Tebal, malah majoritinya akan sebut nama CheguBard kalau ditanya pasai sapa calon.

MalaysianInsider juga melaporkan:
Mansor dipilih untuk bertanding di kawasan ini kerana beliau adalah pengerusi PKR negeri dan Timbalan Ketua Menteri II. “Jika beliau bertanding, pengalaman beliau menjadi kelebihan bagi PKR,” katanya lagi. - Ibid.
Takkan Mansor Othman, sebagai Pengerusi PKR Negeri nak main bangsat kut. Kalau betul dia main bangsat memang sah la Mansor Othman ni bangang politik.

Aku harap laporan ni tak betul, pasainya majoriti orang Nibung Tebal masih tak puas hati dengan PKR gara-gara tindakan Tan Tee Beng bertukar jadi katak mengkhianati undi depa. Cuma pemimpin PKR yang punya aura yang hebat macam CheguBard mungkin dapat kembalikan balik kepercayaan majoriti orang Nibung Tebal kepada PKR.

Jauh la kalau nak dibanding dengan Mansor yang walaupun berjawatan Timbalan Ketua Menteri atas kapasiti melayu tapi aura dia dikalangan orang melayu pun tak kuat mana dan dikalangan orang cina DAP terutamanya nama dia memang dah cukup busuk bila rakaman audio dia kata Guan Eng bongkak didedahkan.

Aku teringin nak bagi nasihat kat Mansor Othman ni, lagi elok dia tak bertanding dari bertanding dan kalah. Buat malu PKR ja kalau bekas Timbalan ketua Menteri kalah dalam PRU13 nanti. Lebih elok kalau dia teruskan dengan niat dia nak jadi Duta tu macam yang dia sebut dalan audio yang terbongkar tu.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...