Betoi ka PKR setuju serah kerusi Dun Sungai Acheh kepada PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 13, 2012

Betoi ka PKR setuju serah kerusi Dun Sungai Acheh kepada PAS?

Pertama sekali aku nak ucap tahniah kepada PAS Pulau Pinang pasai berani umumkan nama kerusi-kerusi yang depa nak bertanding pada PRU13 nanti.

Harakahdaily melaporkan:
Kawasan yang telah diputuskan bahawa PAS akan bertanding (mewakili Pakatan Rakyat) adalah Bayan Lepas, Sungai Acheh, Sungai Dua, Permatang Pasir, Penaga dan Permatang Berangan. - Hrkh.
Biasanya aku tak berapa setuju dengan tindakan semacam 'mementingkan diri sendiri' diperingkat negeri macam ni tapi bagi kes Pulau Pinang ni unik sikit terutama sekali untuk Parlimen Nibong Tebal dan Dun-dun dalam parlimen tu.
Untuk makluman dalam Parlimen Nibong Tebal ada 3 Dun, Jawi, Sungai Bakap dan Sungai Acheh. Maknanya ada 4 kerusi kat situ.

Masa PRU12 dulu, kerusi Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dari PKR bertanding dan menang tapi apek celaka ni bertukar jadi katak melompat jadi bebas penjilat Umno BN.

Kerusi Dun Jawi, DAP bertanding manakala kerusi Sungai Bakap dan Sungai Acheh dua-dua PKR bertanding.

Yang aku dan aku yakin seluruh ahli dan penyokong PAS tak puas hatinya, pasai apa satu kerusi pun tak dibagi kepada PAS untuk bertanding.

Dengar ceritanya, sebelum ni PAS Nibong Tebal bersungguh-sungguh melobi untuk bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal dan Dun Sungai Acheh. Sampai tahap depa calonkan Mat Sabu bertanding untuk parlimen dan Dr. Mujahid Rawa bertanding peringkat negeri.

Kerusi Nibong Tebal memang sesuai kalau PKR serahkan kepada PAS atas alasan wakil rakyat dari PKR tu dah melompat ke bebas. Pengundi memang cukup marah dan depa risau pengundi akan fed-up untuk mengundi Pakatan Rakyat kalau calon PKR jugak yang bertanding.

Kerusi Dun Sungai Acheh pulak memang sepatutnya dari dulu lagi diserahkan kepada PAS pasainya PAS memang kuat kat situ dan jentera PAS Kawasan Nibong Tebal pun berpusat kat situ. Memang sesuai sangat kalau PAS bertanding di Sungai Acheh, PKR bertanding di Sungai Bakap dan DAP bertanding di Jawi.

Dengar ceritanya, memang sungguh-sungguh PAS Nibong Tebal melobi sampai tahap katanya muslimat PAS Nibong Tebal dah bagi amaran kalau PAS Kawasan Nibong Tebal tak beranni, muslimat Nibong tebal akan letak calon bebas kalau langsung takdak kerusi yang diserahkan kepada PAS.

Khabar angin terbaru, diperingkat parlimen, katanya grassroot PKR memang setuju serahkan kerusi Dun Sungai Acheh kepada PAS tapi yang selama ni pertahan sangat takmau bagi tu depa kata Timbalan Ketua Menteri, Mansor Osman. Depa kata calon PKR yang nak sangat bertanding di Dun Sungai Acheh tu orang kuat si Mansor.

Apa pun, aku harap sangat sekurang-kurangnya kerusi Dun Sungai Acheh tu diserahkan kepada PAS untuk letak calon. Kerusi Parlimen depa tak ralat sangat pasai depa pun tak berapa nak ada calon tempatan.

Tapi kalau tak bertanding langsung pun pada aku ok jugak, pasai katanya depa akan boikot pilihanraya. Mungkin kami boleh pujuk depa ramai-ramai buat kerja untuk PAS Parit Buntar, takkan dengan jiran pun nak berkira... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...