Salah satu peluru yang kuat adalah 'winnable candidate'. Pada aku keputusan PAS Pulau Pinang tiba-tiba letak Ust Yusni Mat Piah, Ketua Pemuda PAS Negeri untuk bertanding di kerusi tu sangat-sangat silap.
FreeMalaysiaToday melaporkan:
PETALING JAYA: Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard dipilih sebagai calon PKR untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
“Saya menerima watiqah untuk memikul amanah untuk bertanding di DUN itu semalam berikutan keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. - FMT.
Aku dok tunggu jugak berita rasmi berkenaan isu kerusi Dun Sungai Acheh ni. Setakat aku tulis artikel ni media rasmi kedua-dua parti belum lagi keluarkan berita pasai isu kerusi panas ni. Dalam Harakahdaily takdak, Keadilandaily pulak "Error 503 Service Unavailable".
Tapi kalau dah keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat kira kompom la kut. Cuma yang aku mushkilnya pasai apa Majlis Presiden Pakatan Rakyat boleh buat keputusan macam tu.
Kalau tengok kepada realiti di Parlimen Nibong Tebal tu, memang patut sangat PAS dibagi bertanding di Dun Sungai Acheh. Pasainya dalam parlimen Nibong Tebal ada 3 kerusi DUN, Sungai Acheh Jawi dan Sungai Bakap.
Kalau Sungai Acheh pun calon PKR bertanding maknanya DAP bertanding 1 kerusi Dun Jawi dan PKR bertanding 3 kerusi, parlimen Nibong Tebal, Dun Sungai Bakap dan Dun Sungai Acheh. PAS langsung tak bertanding.
Dari segi jentera, PAS memang layak bertanding di Dun Sungai Acheh pasainya jentera PAS memang kuat di situ, jauh melebihi kekuatan PKR. Tambah-tambah semenjak akhir-akhir ni cawangan PAS tumbuh macam cendawan. Banyak kawasan yang sebelum ni kubu Umno dah berjaya PAS masuk dan tubuhkan cawangan.
Berbalik kepada apa punca PAS boleh terlepas kerusi Sungai Acheh ni. Pada aku yang paling patut dipersalahkan adalah Azmin. Tentu punya Azmin yang berkeras takmau bagi kerusi tu pada PAS atas alasan status quo dan mungkin jugak pasai kononnya PKR dah bagi banyak kerusi 'boleh menang' kat PAS.
Dia bukan peduli faktor tempatan pasai pada dia aku sangat-sangat yakin faktor yang paling penting adalah untuk 'selamatkan' survival politik dia dan penyokong kuat dia.
Walaupun CheguBard tu bukan penyokong Azmin tapi tapi Azmin terpaksa bagi laluan kepada CheguBard untuk bertanding di Dun Sungai Acheh untuk 'selamatkan' Mansor Othman. Cara tu saja yang ada untuk pastikan jentera untuk parlimen cukup kuat untuk pastikan Mansor Othman menang kerusi Parlimen Nibong Tebal.
Dengan CheguBard bertanding di kerusi Dun, jentera Pakatan Rakyat yang panas kat Mansor pasai cantas CheguBard di kerusi Nibong Tebal tentu punya jadi sejuk. Dan Mansor tak perlu susah-susah buat kerja pasai aura yang ada pada CheguBard dah cukup untuk menggerakkan jentera di peringkat parlimen.
Dari sudut satu lagi, wakil PAS yang duduk dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pun wajar dipersalahkan. Pasai apa depa tak sungguh-sungguh pertahankan kerusi tu. Tapi nak salahkan depa sangat pun tak boleh jugak pasainya mungkin peluru yang ada kat depa tak cukup kuat.
Pasai tu yang sepatutnya disalahkan adalah kepimpinan PAS di peringkat negeri yang gagal bagi peluru yang kuat kepada wakil di Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Kalau nak salahkan kepimpinan PAS di peringkat Kawasan Nibong Tebal menang tak patut sangat. Pasainya depa menang dah usaha sungguh-sungguh sejak dari PRU12 lagi. Setakat yang aku tau pada hujung tahun lepas dan awal tahun ni dah dua kali depa pi mengadap PAS Pusat termasuk mengemukakan calon pilihan depa dari kalangan orang tempatan.
Salah satu peluru yang kuat adalah 'winnable candidate'. Pada aku keputusan PAS Pulau Pinang tiba-tiba letak Ust Yusni Mat Piah, Ketua Pemuda PAS Negeri untuk bertanding di kerusi tu sangat-sangat silap. Aku malas nak cerita panjang kelemahan Ust Yusni ni, tapi satu aspek yang sangat jelas Ust Yusni ni sangat jauh kalau nak dibanding dengan CheguBard. Dari segi popular tentu punya kalah dan dari segi kerja buat pun jauh ketinggalan.
Ingat senang ka nak memperkenalkan calon dalam masa tak sampai sebulan berbanding CheguBard yang dah berkampung di parlimen Nibong Tebal sejak lebih setahun dulu. Dari sudut 'faktor calon' aku berani kata Ust Yusni ni faktor calon adalah negatif berbanding CheguBard faktor calon adalah positif.
PAS Pulau Pinang patutnya mengekalkan calon tempatan yang dipilih oleh PAS Kawasan yang walaupun mungkin tak sehebat CheguBard tapi pengundi di Dun Sungai Acheh memang dah kenal dia. Dia dah lama aktif di Dun Sungai Acheh dan ada member yang bagitau kebanyakkan Cawangan baru PAS di Dun Sungai Acheh tu adalah hasil usaha kerja keras dia.
Malah ada yang kata CheguBard pun banyak dapat bantuan dari dia masa mula-mula nak berkampung di Nibong Tebal sejak setahun lepas.Aku yakin kalau calon tempatan tu tak dicantas oleh pimpinan PAS negeri, tak mustahil CheguBard akan sungguh-sungguh tolak nama dia dicalonkan.
Kalau tanya aku elok la CheguBard bertanding dari Ust Yusni Mat Piah...
Apa pun tunggu ja la esok pagi, besar kemungkinannya Dun Sugai Acheh akan berlaku pertandingan 3 penjuru, kecuali kalau Ust Yusnhi Mat Piah sibuk cari butang baju melayu tak jumpa-jumpa sampai habih tempoh waktu penamaan calon...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis